Rakyat

317 Kes Positif COVID-19 Adalah Kanak-kanak, Jumlah Kes Tertinggi Di Selangor

542
SHARES

Walaupun setakat ini tiada kes kematian COVID-19 membabitkan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah, Kementerian Kesihatan Malaysia telah merekodkan 317 kes positif virus itu adalah dalam kalangan kumpulan umur berkenaan.

Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa setakat 16 Mei 2020, 112 kes atau 35% daripada keseluruhan jumlah yang dilaporkan dalam kalangan kanak-kanak berusia empat tahun ke bawah dan 22 kes membabitkan bayi berusia kurang setahun.

Selangor Catat Kes Positif COVID-19 Tertinggi Di Kalangan Kanak-kanak

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata Selangor mencatatkan bilangan kes positif Covid-19 yang tertinggi dalam kalangan kanak-kanak berusia bawah 12 tahun dengan jumlah kes sebanyak 77 kes.

Ini diikuti oleh Negeri Sembilan (48 kes), Johor (46 kes), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (28 kes) dan Sabah (26 kes).

Sindrom Mirip Penyakit Kawasaki

Menurut Malay Mail, setakat ini tiada lagi kes yang teruk atau kematian yang melibatkan kanak-kanak positif COVID-19 di Malaysia.

“Namun apa yang diketahui, COVID-19 boleh mempengaruhi paru-paru, seperti radang paru-paru, misalnya. Dan pada kanak-kanak, mereka sebenarnya boleh menghidapi sindrom mirip Kawasaki yang sebenarnya bermaksud radang saluran. Inilah sebabnya mengapa kita memanggilnya vaskulitis”

“Ini adalah gejala yang dapat mereka miliki, gejalanya akan dimulai dengan demam, dan kemudian radang saluran pembuluh darah.

“Mesejnya adalah kita berusaha mencegah anak-anak daripada dijangkiti,” kata Datuk Dr Noor Hisham pada sidang media hariannya di Putrajaya semalam.

Baca juga : 7 Perkara Tentang Penyakit Kawasaki Yang Ibu Ayah Kena ‘Alert’

penyakit kawasaki

 

Elakkan Anak-anak Daripada Risiko Dijangkiti

Justeru, dalam hal ini, hanya ibu bapa yang mampu menjadi benteng pertahanan untuk mengelak anak mereka daripada menjadi mangsa serangan virus yang setakat ini sudah meragut 113 nyawa di negara ini.

Seperti kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, walaupun ibu bapa tidak disekat membawa anak-anak ke pusat beli-belah mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 ketika PKPB, keluarga tanggungjawab untuk tidak mendedahkan kanak-kanak kepada bahaya itu.

Yang pasti, kesedaran dalam kalangan ibu bapa amat dituntut selain perlu memainkan peranan memberi didikan kepada anak-anak supaya mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×