Famili

Tak Jaga Coolant Kereta Dengan Betul Punca Enjin Berkarat & Overheat, Rugi Duit!

9
SHARES
COOLANT KERETA

Menerusi perkongsian Afiq Suspension Enterprise di laman Facebook, enjin kenderaan berkarat dan terlalu panas berlaku disebabkan penjagaan coolant kereta yang tidak betul.

Menurutnya, rata-rata mengambil mudah penjagaan coolant kereta ini kerana beranggapan ia tidak penting. Sebenarnya, pelbagai kerosakan pada kereta boleh berlaku jika dibiarkan. Ikuti perkongsian penuh di bawah.

Baca juga: Baju Bau Busuk & Kepam Terus Wangi Bila Sembur Ini, Tak Payah Basuh Semula!

COOLANT KERETA TAK JAGA DENGAN BETUL, PUNCA ENJIN BERKARAT

COOLANT KERETA

Pembunuh senyap (silent killer) kereta anda adalah enjin berkarat. Punca utama benda ini berlaku kerana tak jaga coolant radiator, main letak air sahaja.

Pentingnya penjagaan coolant kereta dengan baik agar dapat memanjangkan jangka hayat enjin. Bila radiator mula berkarat ia akan mengakibatkan seluruh laluan air di dalam enjin turut karat.

Jika karat berlaku, ia boleh menyebabkan:

1. Thermostat juga akan kena, lama kelamaan thermostat akan rosak (jem), overheat boleh berlaku.

2. Pipe line (besi) juga boleh mengakibatkan kebocoran kecil berlaku akibat kelemahan struktur pipe akibat di makan karat, overheat juga boleh berlaku.

3. Laluan air dalam blok pun tak cantik akibat karat yang tebal (laluan makin sempit).

4. Waterpump mudah rosak, setiap kali tukar timing belt, wajib tukar water pump. Sepatutnya boleh skip untuk penukaran pertama timing belt. Overheat juga boleh berlaku jika mengabaikan water pump.

5. Segala jenis hose getah pun akan cepat mengeras dan boleh pecah bila-bila masa akibat daripada tindak balas antara air karat dengan getah hos dan overheat boleh berlaku.

6. Radiator pun berkarat, jika terlalu teruk, aliran air melalui radiator tidak berapa cantik dan menjadi semakin teruk jika aliran air tersekat terus. Overheat boleh berlaku jika begini keadaannya.

7. Radiator cap, dia yang tak bersalah pun kena juga kesannya karat, kepala cap ini boleh putus akibat karat.

Oleh itu, jagalah coolant kereta anda, tak mahal mana pun dan tukarlah setiap 40-50k km sekali atau 2 tahun sekali bergantung pada jarak perjalanan kereta.

Spare tank atau tangki simpanan di tepi radiator tu jangan pula ditambah air, tambah coolant sahaja ya. Ramai yang tambah air, lama kelamaan kandungan coolant beransur hilang. Inilah punca utama kebanyakan kes overheat boleh berlaku.

Baca juga: Tukang Kebun Kongsi ‘Rahsia’ Guna Soda Penaik Untuk Tanaman, Serangga Pun Lari!

Sumber: Facebook Afiq Suspension Enterprise

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×