Famili

Contoh Teks Ucapan Pengantin Kepada Ayah & Ibu, Ringkas Tapi Mendalam

13
SHARES
CONTOH TEKS UCAPAN

Bakal raja sehari di luar sana sedang mencari contoh teks ucapan pengantin kepada ayah dan ibu? Ini adalah artikel paling tepat untuk dibaca kerana penulis ada kongsikan di bawah.

Ucapan ketika hari bersanding merupakan salah satu trend dan tidak salah untuk dilakukan kerana ia sebagai ‘penyeri’ majlis dan tanda menghargai ibu bapa kita.

Baca juga: Kelahiran Bayi Di Malaysia Suku Pertama Tahun 2024 Dilaporkan Makin Menurun

CONTOH TEKS UCAPAN PENGANTIN KEPADA AYAH & IBU

CONTOH TEKS UCAPAN

Ucapan pengantin kepada ayah:

“Assalamualaikum ayahku (nama)

Ayah, terima kasih telah menjaga dan membesarkan (nama pengantin) sehingga hari ini. Terima kasih kerana telah berjuang memberikan nafkah kepada kami sekeluarga dengan terbaik. 

Terima kasih kerana telah menjadi contoh dan teladan yang terbaik untuk (nama pengantin).

Terima kasih atas didikan dan segala yang terbaik telah ayah berikan kepada (nama pengantin).

Nasihat-nasihat yang tidak pernah lelah ayah berikan adalah bekal berharga untuk menghadapi kehidupan nanti. 

(Nama pengantin) mohon maaf jika selalu menyusahkan ayah dan belum mampu menjadi anak yang baik dan membanggakan. 

(Nama pengantin) mohon izin untuk melangkah memulakan kehidupan baru bersama orang yang telah (nama pengantin) pilih sebagai pasangan sehidup semati. 

(Nama kedua-dua pengantin) mohon jangan pernah penat untuk bimbing kami jika langkah sudah mula salah, Ayah. 

Doakan (nama kedua-dua pengantin) menjadi keluarga sakinah mawaadah wa rahmah dan dikurniakan keturunan yang soleh dan solehah serta membanggakan.”

Ucapan pengantin kepada ibu:

“Assalamualaikum ibuku, (nama penuh ibu)

Ibu, terima kasih atas semua pengorbanan yang telah ibu lakukan untukku. Maafkan (nama pengantin) jika selama ini belum mampu menjadi anak yang berbakti dan terbaik. 

Ibu, hari ini (nama kedua-dua pengantin) disatukan dan akan melangkahkan kaki menuju kehidupan baru melalui gerbang pernikahan. 

Dengan doa dan restu yang telah ibu berikan, menjadi modal bagi kami untuk teus melangkah. 

Terima kasih atas hidup yang begitu indah. Masa kecil bersama ibu adalah kenangan berharga yang tak akan pernah (nama pengantin) lupakan. 

Terima kasih atas segala bimbingan dan kasih sayang ibu yang begitu tulus. Segala yang ibu ajarkan kepadaku akan selalu diingati. 

(Nama pengantin), mohon izin untuk mengharungi kehidupan baru bersama pendamping yang telah disiapkan oleh Allah menjadi jodoh terbaik.

(Nama pengantin) mohon doa ibu agar (nama kedua-dua pengantin) dapat mengharungi bahtera rumah tangga dan diberkati olehNya.”

*Diharapkan hari perkahwinan anda berjalan lancar. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Penat Jadi Suri Rumah Sampai Pengsan, Suami Menyesal Tak Pernah Hargai Isteri

Sumber: TikTok Nalys.Co

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×