Rakyat

Ciri Baharu MySejahtera, Kenal Pasti Ibu Hamil & Menyusu Untuk Vaksin

68
SHARES

CIRI BAHARU MYSEJAHTERA

Jika sebelum ini ramai dalam kalangan ibu hamil dan menyusu tertanya-tanya sama ada boleh atau tidak mereka mengambil suntikan vaksin Covid-19. Data terbaharu menunjukkan bahawa golongan ibu ini sudah boleh menerima suntikan vaksin jenama Pfitzer dan terkini AstraZeneca seperti yang disenaraikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Bukan itu sahaja, anda juga boleh ‘update’ data anda melalui aplikasi MySejahtera.

CIRI BAHARU MYSEJAHTERA, KENAL PASTI IBU HAMIL/MENYUSU UNTUK VAKSIN

mysejahtera

Ibu hamil dan menyusukan anak kini boleh memaklumkan keadaan mereka melalui aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan vaksinasi Covid-19.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata hari ini ketika sidang media di Putrajaya, ciri berkenaan akan diperkenalkan melalui aplikasi MySejahtera pada hujung minggu ini untuk mengenalpasti ibu hamil dan ibu menyusu.

“Satu ciri baharu dalam MySejahtera akan diperkenalkan hujung minggu ini.”

Ibu hamil atau ibu menyusukan anak boleh mengenalpasti diri untuk janji temu diberikan kepada mereka bagi menerima vaksin. Turut hadir, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba. Khairy berkata, pemberian vaksin untuk golongan itu disyorkan untuk ibu yang hamil antara 14 hingga 33 minggu.

Beliau berkata, vaksin Pfizer disyorkan diberikan kepada ibu hamil dan menyusu manakala setakat ini vaksin keluaran AstraZeneca hanya akan diberikan kepada ibu menyusu saja.

“Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) akan bermesyuarat pada Khamis ini untuk menentukan jika vaksin jenis AstraZeneca boleh diberikan kepada ibu hamil juga,” katanya.

Sementara itu, Khairy berkata, ibu menyusu anak yang sebelum ini tidak dibenarkan mengambil vaksin AstraZeneca akan dihubungi untuk diberikan tarikh janji temu baharu.

Pada masa sama, katanya, individu terbabit juga boleh menghubungi talian PICK untuk mendapatkan janji temu baharu.

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×