Menerusi perkongsian di laman Facebook milik Mohd Fadli Salleh, beliau ada kongsikan satu kisah yang tidak disangka-sangka apabila seorang cikgu sanggup tikam kepala murid menggunakan pen.
Menurutnya, sebelum si cikgu bertindak menikam kepala murid, dia menghempas pelajar berusia enam tahun berkenaan di atas meja.
Baca juga: Tak Nak Anak Jadi Kasar, Ibu Ayah Kena Kurangkan Perangai Ini! Jangan Asyik Ulang Benda Sama
CIKGU TIKAM KEPALA MURID GUNA PEN, ADA 7 TUSUKAN

Sekadar gambar hiasan
“Jam 2 pagi baru pulang dari IPD Gombak teman kawan buat laporan mengenai kes cikgu hempas anak dia dekat meja kemudian tikam kepala dengan pen. 7 tusukan ada di kepala dan budak itu sampai trauma. Bila lalu depan sekolah, si budak akan cakap “Mama. Tutup cermin. Kakak takut,” luahnya.
Tambahnya, setiap kali si ayah melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dia pasti menangis dan mengiggil kerana tidak menyangka ada pendidik yang sanggup melakukan sebegitu terhadap anak kesayangannya.
“Budak umur baru 6 tahun, ayah yang melihat beberapa saat rakaman cctv menangis dan menggigil badan bila anak kesayangan diperlaku sebegitu rupa.
“Sekejap lagi si ayah akan bawa anak ke Hospital Selayang untuk dapatkan pengesahan medikal. Sebelum ini ayah dah bawa ke klinik swasta dan Hospital Sungai Buloh tapi sebab tak ada dokumen polis, laporan medikal dari Hospital Sg Buloh selepas seminggu baru dapat.
“Jadi, malam ini terus ke Hospital Selayang untuk dapatkan laporan segera. Buat pengetahuan semua ini bukan sekolah kebangsaan biasa tetapi sekolah swasta,” katanya.
Fadli turut memberi pesanan agar semua guru di luar sana tidak memohon jawatan sebagai guru sekiranya anda seorang yang tidak penyabar.
“Diingatkan agar tidak memohon jadi cikgu kalau jenis baran dan tak suka budak-budak. Nak jadi cikgu ini kena ada jiwa. Kalian berhubung terus dengan manusia kecil yang akal mereka belum sempurna. Sedih dengar kes begini kejam boleh berlaku,” luahnya.
Baca juga: Permohonan Kemasukan Tabika & Taska KEMAS Tahun 2026/2027 Dibuka Hingga 31 Ogos 2025
Sumber: Facebook Mohd Fadli Salleh
