Asuh

CEO Ini Berhenti Kerja Selepas Anaknya Tulis Nota Mengandungi 22 Senarai Detik Istimewa Yang Dia Terlepas!

81
SHARES
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ini Berhenti Kerja Selepas Anaknya Tulis Nota Mengandungi 22 Senarai Detik Istimewa Yang Dia Terlepas!

Ketua dana pelaburan bernilai USD2 trillion di Pacific Investment Management Company (PIMCO), telah mendedahkan bahawa beliau berhenti kerja selepas anak perempuannya yang berusia 10 tahun telah menulis kepadanya satu nota. Nota itu mengandungi senarai 22 detik-detik istimewa dalam hidupnya yang beliau telah terlepas!

Berpangkalan di California, Mohamed El-Erian mengejutkan dunia kewangan apabila beliau mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di PIMCO pada Januari 2014.

El-Erian yang berusia 56 tahun, mendapat bayaran USD100 juta pada tahun 2011. Beliau berkata bahawa isteri dan anak perempuannya adalah punca dia mengambil keputusan drastik untuk berhenti.

Titik perubahan itu berlaku apabila dia bertengkar dengan anak perempuannya yang sedang memberus gigi, lantas dia meninggalkan mengambil sehelai kertas dari biliknya.

Katanya lagi, “Ini adalah senarai anak perempuan saya yang telah menyusun peristiwa penting dan aktiviti-aktiviti yang saya tidak hadir kerana komitmen kerja”.

“Senarai ini mengandungi 22 perkara, dari hari pertama beliau di sekolah dan perlawanan bola sepak pertama musim, mesyuarat ibu bapa dan guru dan perarakan Halloween”.

“Saya berasa amat bersalah sambil mendiamkan diri. Saya mempunyai alasan yang baik untuk terlepas setiap acara. Ini kerana saya sentiasa ke luar negara menaiki kapal terbang, menghadiri mesyuarat penting, ada panggilan telefon penting dan tugasan mengejut.

“Tetapi saya sedar semua itu tidak penting. Saya kehilangan sesuatu yang lebih berharga. Saya tidak meluangkan masa yang mencukupi untuknya.”

Kebiasaanya, El-Erian akan keluar meninggalkan rumah untuk bekerja pada jam 4.30 pagi setiap hari. Namun, sejak meletakkan jawatan sebagai CEO, beliau dan isterinya, Jamie, yang bekerja sebagai seorang peguam, bergilir-gilir mengejutkan anak perempuan mereka dari tidur. Salah seorang dari mereka akan menyediakan sarapan dan membawa beliau ke sekolah.

Beliau berkata lagi, beliau telah mengambil kerja sambilan dengan “portfolio” tertentu, termasuk menjadi ketua penasihat ekonomi di Allianz, yang tidak memerlukan berjalan jauh dan memberikan masa yang lebih fleksibel.

Kisah ini adalah untuk pengajaran kita sendiri. Cukupkan masa yang kita luangkan untuk anak-anak kita? Adakah mereka juga terasa seperti anak CEO ini?

Tepuk dada, tanya diri sendiri. Anda tahu jawapannya.

Sumber: 9news.com.au

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×