Business

Celcom Jalin Kerjasama Dengan LG Uplus & Media Prima Teroka Teknologi 5G

12
SHARES

Celcom Axiata Berhad (Celcom) hari ini mengumumkan kerjasama eksklusif bersama LG Uplus Corp, syarikat peranti mudah alih Korea Selatan di bawah naungan LG Corporation, serta kumpulan media integrasi utama Malaysia, Media Prima Berhad, bagi meneroka potensi kandungan dan perkhidmatan 5G yang merangkumi teknologi VR dan AR untuk pengguna Malaysia.

KERJASAMA CELCOM, LG UPLUS & MEDIA PRIMA SEDIA KANDUNGAN DIGITAL 5G

Kerjasama Celcom bersama LG Uplus dan Media Prima bertujuan untuk menyediakan kandungan hiburan digital dari Korea serta kandungan tempatan seperti vlog kembara dengan menggunakan teknologi VR / AR dan perkhidmatan 5G.

Melalui manfaat teknologi 5G dengan kapasiti rangkaian yang lebih besar, kelajuan lebih pantas serta kadar kependaman yang lebih rendah, Celcom telah bersedia untuk membina ekosistem kandungan 5G Malaysia yang berfokus kepada hiburan, permainan atas talian, pendidikan dan produktiviti. Perkhidmatan 5G dijadualkan bakal tersedia di Malaysia pada akhir 2021, dan oleh itu Celcom ingin bekerjasama dengan lebih banyak peneraju teknologi bagi meneroka dan menempatkan produk 5G dengan perkhidmatan yang merangkumi pelan mudah alih 5G, peranti 5G dan pelan kediaman 5G.

LG UPlus Corp., pengendali telekomunikasi utama Korea Selatan telah memperkenalkan perkhidmatan 5G pertama di dunia pada bulan Disember 2018. Sebagai sebuah syarikat peranti mudah alih di era 5G, LG Uplus telah banyak melabur untuk membangun perkhidmatan kandungan 5G yang menarik melalui rangkaian generasi berikut, yang memberi kependaman rendah dan 20 kali lebih pantas daripada LTE.

Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad berkata, “Kerjasama Celcom bersama LG Uplus dan Media Prima memperlihatkan kesungguhan Celcom untuk menyampaikan kandungan dan perkhidmatan 5G yang merangkumi kandungan tempatan dan antarabangsa kepada pengguna Malaysia kami.”

Yoon Ho Choi, Naib Presiden, Perkhidmatan XR, LG UPlus Corp berkata, “Banyak negara telah mengkomersialkan rangkaian 5G, dan mempertingkat peluang dalam memperluas ekosistem 5G. Kami gembira untuk bekerjasama dengan peneraju industri telekomunikasi di Malaysia dan memberi akses kepada kandungan LG UPlus. Selepas Celcom melancarkan perkhidmatan 5G, kami menjangka untuk memberikan perkhidmatan kandungan 5G yang berkualiti tinggi kepada lebih ramai pengguna dan membolehkan mereka menikmati kepelbagaian kandungan hiburan VR dan AR yang mewah daripada LG UPlus”

Rafiq Razali, Pengarah Urusan, Kumpulan Media Prima berkata, “Media Prima amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Celcom dalam projek ini. 5G sememangnya akan membawa pembaharuan dalam penyediaan kesalinghubungan dan kandungan. Ia akan mengubah maklumat serta tahap kecekapan, bukan hanya bagi kediaman, malah bagi perniagaan
juga.”

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×