Nur

Panduan Solat Jenazah Yang Lengkap Beserta Doa

1.8K
SHARES

Berbeza dengan solat yang lain, cara Solat Jenazah ada sedikit keunikan di mana ia tidak perlu ruku’, iktidal, sujud, atau tahiyyat. Tetapi, ia hanya disempurnakan dengan 4 takbir dan salam (semasa berdiri).

Hukum Solat Jenazah

Hukum Solat Jenazah adalah Fardhu Kifayah, bermaksud ianya wajib ke atas umat Islam asalkan ada yang melakukannya. Ini bermaksud, apabila sebahagian umat Islam telah melakukannya, maka kewajiban terhadap umat Islam yang lain pun turut gugur. Sebaliknya kalau tiada sesiapa yang melakukannya, maka semuanya akan berdosa.

Sabda Rasulullah SAW

Ertinya: “Sembahyangkanlah oleh kamu akan orang-orang yang mati dari kalangan kamu.”(Riwayat Ibn Majah)

Dalam hadith yang lain yang diriwayatkan dari Salamah bin Al-Akwa’, katanya:

Ertinya: “Pada satu ketika kami sedang duduk dekat Nabi SAW ketika dibawa seorang jenazah, Baginda bersabda: Sembahyangkanlah sahabat kamu itu.”(Riwayat Bukhari)

Foto Kredit: new-muslims.info

Foto Kredit: new-muslims.info

Syarat-syarat Solat Jenazah

  1. Syarat-syarat Solat Jenazah serupa juga dengan syarat-syarat solat yang lain seperti menutup aurat, bersih badan dan pakaian daripada najis dan menghadap kiblat.
  1. Jenazah itu telah dimandikan dan dikafankan.
  2. Jenazah itu hendaklah diletakkan di hadapan jemaah (di sebelah kiblat) kecuali Solat Jenazah ghaib.

Foto Kredit: Jabatan Mufti Johor

Cara Solat Jenazah Yang Lengkap Beserta Doa & Maksudnya

Cara solat jenazah yang lengkap adalah mudah. Ia terdiri daripada langkah berikut.

1. Niat

Setiap orang yang ikut bersama solat jenazah, wajib berniat di dalam hatinya di permulaan takbir, bahawa ia melakukan solat jenazah kerana Allah.

Lafaz niatnya adalah seperti berikut:

niat-solat-jenazah-0

2. Takbir Pertama Diikuti Bacaan Al-Fatihah

Angkat takbir pertama seperti solat biasa dan teruskan dengan bacaan Al-Fatihah.

3. Takbir Ke-2 Diikuti Selawat

Membaca selawat ke atas Nabi SAW selepas takbir yang kedua.

Selawat itu adalah yang pendek dan ada pula yang panjang.

Selawat yang pendek ialah:

image003

“Ya Allah, berikanlah selawat atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda”

Selawat yang panjang dan sempurna dan yang lebih afdal ialah Selawat Ibrahimiah seperti berikut:

image005

“Ya Allah, berikanlah selawat atas Nabi dan atas Keluarganya, sebagaimana Engkau pernah memberi
rahmat kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Dan limpahilah berkat atas Nabi Muhammad dan
para keluarganya, sebagaimana Engkau pernah memberikan berkat kepada Nabi Ibrahim dan para
keluarganya, di seluruh alam ini, sesungguhnya Engkau Yang Terpuji lagi Yang Maha Mulia”

4. Takbir Ke-3 Diikuti Doa

Mendoakan jenazah ini dilakukan selepas takbir yang ketiga.

Doa yang pendek jika jenazah itu lelaki ialah:

image007

Doa yang pendek jika jenazah itu perempuan ialah:

image017

Maksud: “Ya Allah ampunilah dia, kasihanilah dia, sejahterakanlah dia dan ampunilah dosa dan
kesalahannya”

Doa yang panjang dan sempurna serta afdal ialah seperti berikut.

Bagi jenazah lelaki:

image008

Bagi jenazah perempuan:

image018

Maksud: “Ya Allah ampunilah dia, kasihanilah dia, sejahterakanlah dia dan ampunilah dosa dan kesalahannya,
hormatilah kedatangannya, dan luaskanlah tempat tinggalnya, bersihkanlah dia dengan air salji
dan embun. Bersihkanlah dia daripada segala dosa sebagaimana kain putih yang bersih daripada
segala kotoran, dan gantikanlah baginya rumah yang lebih baik daripada rumah yang dahulu, dan
gantikanlah baginya ahli keluarga yang lebih baik daripada ahli keluarganya yang dahulu, dan
peliharalah (hindarkanlah) dia daripada seksa kubur, dan azab api neraka.”

 

Jika jenazah itu kanak-kanak yang belum baligh, hendaklah ditambah doa tersebut di atas dengan doa yang di bawah.

Sekurang-kurangnya ialah:

image010

“Ya Allah, jadikanlah kematiannya pahala yang didahulukan, simpanan, dan pahala bagi kami.”

Doa yang panjang dan sempurna serta afdal ialah

image012

“Ya Allah, jadikanlah dia sebagai simpanan pendahuluan bagi ayah bondanya dan sebagai taruhan
(amanah), kebajikan yang didahulukan, dan menjadi pengajaran serta syafaat bagi orang tuanya.
Dan beratkanlah timbangan kedua ibu bapanya, serta berikanlah kesabaran dalam hati kedua ibu.”

5. Takbir Ke-4 Diikuti Doa

Selepas membaca doa ditakbir yang ketiga, hendaklah diiringi dengan takbir yang keempat pula dan membaca doa.

Doa ringkas bagi jenazah lelaki ialah:

image020

Doa ringkas bagi jenazah perempuan ialah:

image023

Maksudnya: “Ya Allah, janganlah kiranya pahalanya tidak sampai kepada kami (jangan engkau meluputkan kami akan pahalanya) dan janganlah engkau memberi fitnah sepeninggalannya, dan ampunilah kami dan dia.”

Doa yang panjang dan sempurna serta afdal ialah seperti berikut.

Bagi jenazah lelaki:

image021

Bagi jenazah perempuan:

image024

Maksudnya: “Ya Allah, janganlah kiranya pahalanya tidak sampai kepada kami, dan janganlah Engkau memberi fitnah sepanjang peninggalannya dan ampunilah kami dan dia, dan bagi saudara-saudara kami yang mendahului kami dengan iman, dan janganlah Engkau menjadi resah gelisah dalam hati kami dan bagi orang yang beriman. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang”

6. Memberi Salam

Memberi salam seperti dalam solat fardhu iaitu memalingkan muka ke kanan dan kiri, cuma dalam keadaan berdiri.

7. Membaca Doa Selepas Solat Jenazah

Setelah selesai salam dan berakhirnya Solat Jenazah tadi, afdalnya diikuti dengan membaca doa pula.

Jika jenazah itu lelaki doanya ialah:

image026

 

Jika jenazah itu perempuan, doanya ialah:

image028

 

 

Jika jenazah itu kanak-kanak doanya ialah:

image029

 

Maksudnya:

“Segala Puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam. Rahmat dan kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad ﷺ, penghulu semua Rasul dan juga ke atas keluarga dan para sahabat Baginda seluruhnya. Ya Allah! Jadikanlah kubur si mati ini sebagai sebuah taman daripada taman-taman syurga.

Ya Allah! Dikaulah Tuhan bagi si mati, Dikaulah yang menjadikannya dan Dikaulah juga yang menunjukkannya kepada agama Islam. Dikaulah yang juga yang mencabut nyawanya, Dikau lebih mengetahui perkara-perkara zahir dan batinnya. Kami semua hadir atas tujuan memohon syafaat kepada-Mu untuk si mati.

Ya Allah! Ampunkanlah kesalahan kami dan segala kesalahan yang telah dilakukan oleh si mati, limpahkanlah jua Kurnia-Mu wahai Allah, Tuhan Sebaik-baik Pengurnia rahmat!Selawat Allah dan kesejateraan ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad ﷺ. dan ke atas keluarganya serta para sahabat Baginda seluruhnya. Segala Puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam.”

 

Ringkasnya, cara solat jenazah boleh digambarkan dalam ilustrasi ini:

cara solat jenazah

Foto Kredit: ustaznoramin.com

Perkara Sunat Dalam Solat Jenazah

Sunat menyembahyangkan jenazah sebagaimana yang berikut:

  1. Imam hendaklah berdiri bertentangan dengan kepala jenazah lelaki dan berdiri bertentangan dengan pinggang jenazah perempuan atau khunsa.
  1. Kepala jenazah lelaki hendaklah diletakkan di sebelah kiri imam. Kepala jenazah perempuan dan khunsa diletakkan di sebelah kanan imam. Menurut kebiasaannya kepala jenazah lelaki itu juga diletakkan di sebelah kanan imam.
  1. Hendaklah jenazah itu disembahyangkan di masjid.
  2. Makmum hendaklah berdiri berbaris tiga barisan (tiga saf).
  1. Mengangkat kedua belah tangan waktu mengucapkan takbir takbir yang empat dan meletakkan kedua tangan di atas pusat di bawah dada sebagaimana sembahyang-sembahyang yang lain.
  1. Membaca أَعُوْذُ بِاللَّهِ (A’uzubillah) sebelum membaca Al-Fatihah.
  2. Memperlahankan (tidak nyaring) semua bacaan walaupun di waktu malam.
cara solat jenazah

Foto Kredit: civillislamica.it

Banyak Hikmah Solat Jenazah

Banyak kelebihan Solat Jenazah antaranya memberi penghormatan terakhir kepada jenazah, melahirkan rasa keinsafan, mengingatkan kita kepada kematian, dan memohon rahmat kepada jenazah.

Diharap dengan panduan dan cara solat jenazah ini, kita akan dapat menunaikan Solat Jenazah dengan sempurna.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×