Dapur

“Lepas seminggu je mesti dah busuk…” Ini Cara Simpan Telur Yang Dibasuh Agar Tahan Lama!

7
SHARES
cara simpan telur

Adakah anda salah seorang yang pernah mengalami situasi telur rosak seminggu selepas dibasuh? Pasti rasa menjengkelkan dan juga membazir kerana akhirnya telur itu dibuang ke dalam tong sampah walaupun baru je dibeli. Sebenarnya, rahsianya adalah mungkin pada cara simpan telur yang menyebabkan ia mudah rosak.

Telur yang ingin disimpan seeloknya tidak dibasuh kerana ada satu lapisan pelindung (kutikel) pada kulit telur. Ia berfungsi melindungi pori-pori halus pada kulit telur dari masuk udara dan bakteria. Tetapi apabila dibasuh, kutikel ini akan hilang dan pori-pori halus akan terdedah menyebabkan telur tidak boleh bertahan lama. Jom ikuti perkongsian penulis mengenai cara simpan telur agar ia tahan lama.

Baca juga: Cara Buat Telur Separuh Masak Macam Dekat Kedai. Tak Keras, Tak Cair, Gebu Je!

CARA SIMPAN TELUR YANG DIBASUH AGAR IA TAHAN LAMA

1. Asingkan telur ayam yang telah dibasuh mengikut tahap kesegaran mereka. Tos kering dan gunakan tisu dapur/kain untuk cepat serap air.

2. Jika sudah kering, susun telur yang lebih segar dalam bekas bertutup yang dah ditabur dengan sedikit beras. Beras berfungsi menyerap segala lembapan/wap air yang terbentuk dalam bekas.

Boleh juga anda gunakan beras yang sama untuk telur yang berikutnya. Namun dalam beberapa bulan, tukar beras kepada yang baru apabila ia mula berkulat.

cara simpan telur

3. Bagi lapisan kedua, susun telur yang lebih lama supaya anda boleh mengggunakan mereka dahulu. Gunakan tisu atau lain sebagai alas untuk mengelakkan telur ayam retak ataupun pecah.

cara simpan telur

4. Jangan ingat minuman tenusu je, tapi tarikh luput telur pun penting! Jangan lupa untuk tulis tarikh luput/best before pada bekas agar anda tidak lupa.

cara simpan telur

Cara ini sesuai untuk anda yang selalu alami masalah telur rosak sebelum tarikh luput dan juga bagi yang membelinya terlalu banyak tapi makan masa untuk menghabiskan. Namun, jika anda sudah pasti boleh menghabiskan telur, lebih baik simpan macam biasa je. Cara ini bukan sahaja dapat mengelakkan pembaziran tapi juga dapat memanjangkan talian hayat telur anda. Selamat Mencuba!

Sumber: Facebook Yatie Eimra via Masak Apa Hari Ini (MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×