Dapur

Ini Cara Simpan Petai Tahan Lama, Dah Berbulan Tetap Segar & Crunchy. Tak Kecut!

5.1K
SHARES
cara simpan petai tahan lama

TIPS / CARA SIMPAN PETAI TAHAN LAMA – TAK KECUT & KEKAL SEGAR 

Ramai tak antara kita yang ‘hantu petai’ kat sini?

Kalau anda salah seorang peminat petai, anda perlu tahu cara simpan petai paling mudah agar ia kekal fresh dan tahan lama dalam peti sejuk.

Maklumlah, petai ni ada musimnya, kalau beli di luar musim memang lebih mahal harganya.

Jadi kalau teringin nak makan, apa kata ikut cara simpan petai yang dikongsikan oleh Ummi Kalsum Hassian dan Ila de Laila ini.

Boleh jimat dan masak bila-bila masa je yang kita nak. 

khasiat petai

P/S: Walaupun bau petai membuatkan sesetengah individu kurang selesa, namun tiada siapa dapat menafikan khasiat petai.

Jika anda kurang selesa selepas makan petai, minum kopi tanpa gula dapat membantu mengurangkan bau petai.

Cara Simpan Petai Supaya Kekal Segar & Tahan Lama

Sekarang petai tengah musim, jadi kami nak kongsi tips cara simpan petai supaya kekal segar dan boleh tahan lama.

Baca juga: Rugi Tak Makan, Ini 7 Khasiat Petai Yang Bukan Biasa-biasa

Tip 1: Simpan Dalam Freezer

Cara-caranya:

  1. Mula-mula saya buang kulit.
  2. Kemudian saya rendam dengan air garam dalam 10-15 minit (nk bg ulat keluar).
  3. Lepas tu saya basuh dan tapis air.
  4. Akhir sekali masuk dalam bekas dan bekukan (kering tanpa air). Boleh juga pekkan kecil-kecil ikut kuantiti yang kita biasa masak.
  5. Bila nak guna, bolehlah ambil jumlah yang kita nak saja.

Cara simpan petai tahan lama segar

Ikut cara ni memang mudah dan tak perlu tunggu musim petai.

Oh ya, dari freezer beku tu terus masukkan dalam kuah sambal. Tak perlu rendam-rendam dah barulah kekal isi cantik.

Tip 2: Simpan Dalam Bekas Berisi Air

Satu lagi cara simpan petai ni katanya boleh buat petai jadi gemuk dan crunchy.

Boleh simpan dengan kulit sekali atau kopek dulu.

Cuma cara ni kena rajin sikit sebab airnya perlu ditukar setiap 2 kali seminggu.

Cara simpan petai

Cara-caranya:

  1. Mula-mula letakkan petai dalam satu bekas berisi air.
  2. Kemudian simpan dalam peti sejuk.
  3. Air perlu ditukar setiap 2 kali seminggu.

*Kredit tips / petua / cara simpan petai ini dikongsikan oleh Ummi Kalsum Hassian & Ila De Laila  via FB Group Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×