DIY & Kraf

Cara Servis Aircond Sendiri Di Rumah Hanya Modal RM25 Je, Perempuan Pun Boleh Buat!

41
SHARES

Boleh dikatakan sekarang ini, setiap rumah mempunyai pendingin hawa atau aircond tambah pula bila cuaca panas. Tapi, bila dah selalu digunakan, ada masanya yang aircond ini pun sudah tak sejuk lagi. Inilah masanya untuk anda memanggil orang servis aircond tapi bajet pula tak mencukupi. Nampaknya kena servis sendiri di rumah lah tapi macam mana?

Berikut merupakan perkongsian di laman Twitter tentang cara servis aircond sendiri di rumah hanya dengan modah RM25 sahaja. Yang paling best adalah caranya adalah mudah dan orang perempuan pun boleh buat!

Baca juga: Cara Edit Gambar Negatif Filem Guna Phone, Gambar Lama Jadi ‘Clear’!

CARA SERVIS AIRCOND SENDIRI DI RUMAH, MODAL HANYA RM25!

Harini aku nak share kat korang cara nak servis aircond sendiri kat rumah. Bermodalkan RM25 ringgit jer kompom aircond korang yang kat rumah yang dah tak sejuk tu terus jadi macam baru.

Ada empat step yang mudah. Perempuan pun boleh buat. Step easy dan mudah jer:

1. Buka cover aircond dan keluarkan filter. Make sure dah tutup switch aircond tau.

2. Spray cleaner ni dalam cooling fins/coils aircond tu.

Beli spray cleaner di sini : https://shp.ee/9syb4z7

3. Biarkan dalam 10 minit, kotoran tu nanti akan keluar ikut paip belakang aircond. Tak perlu basuh ke apa dah.

4. Lepas 10 minit pasang balik filter dan cover aircond tu settle.

Selamat mencuba!

Sumber: Twitter @acapyakin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×