Nur

Cara Sertu Tangan atau Pakaian Yang Terkena Najis Berat

233
SHARES
cara sertu

Cara Sertu Tangan atau Pakaian Yang Terkena Najis Berat

Seperti yang kita tahu, terdapat tiga kategori najis iaitu mukhaffafah (najis ringan), mutawassitah (pertengahan) dan mughallazah (berat).

Najis anjing dan babi tergolong dalam najis berat dan perlulah disertu bila terkena pada tangan atau pakaian.
Ya, ia perlulah disertu, bukan disamak. Sehingga ke hari ini, masyarakat Islam di negara ini sering keliru dengan penggunaan istilah yang salah dalam bab penyucian najis berat.

Perbezaan Sertu dan Samak

Sebelum kita pergi ke cara sertu, kita perlulah jelas tentang perbezaan istilah sertu dan samak terlebih dahulu.

Mungkin ramai lagi yang masih tidak tahu, sertu dan samak sebenarnya memberikan makna yang cukup berbeza.

Maksud Sertu

Menurut perkongsian daripada JAKIM, sertu merupakan perbuatan menyucikan sesuatu daripada najis mughallazah iaitu anjing, babi dan keturunannya.

Najis mughallazah perlulah disucikan dengan membasuh sekali menggunakan air bercampur tanah dan diikuti dengan enam kali air besih atau air mutlak.

Najis perlulah disucikan daripada pakaian, badan atau tempat yang terjejas.

Perkara ini disebutkan di dalam hadith yang riwayatkan daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

طَهُورُ إِنَاءِ أَحَدِكُمْ إِذَا وَلَغَ فِيهِ الْكَلْبُ، أَنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ أُولَاهُنَّ بِالتُّرَابِ

Maksudnya: Sucinya bekas salah seorang dari kamu apabila seekor anjing menjilat padanya (bekas tersebut) adalah dengan cara kamu membasuhnya sebanyak tujuh kali, dan basuhan pertama bercampur dengan tanah.

Maksud Samak

Samak pula ialah perbuatan menyucikan kulit binatang daripada kekotoran untuk kegunaan tertentu. Semua kulit binatang boleh disucikan dengan kaedah samak kecuali kulit anjing, babi serta keturunannya.

Memetik perkongsian dari Mufti WP, perkataan samak diambil dari perkataan bahasa Arab iaitu الدبغ yang membawa maksud kaedah menyucikan kulit haiwan yang boleh diamakan atau tidak, iaitu dengan menghilangkan darah, daging dan semua yang melekat pada kulit yang membusukkan jika tidak dibuang.

Untuk menyucikannya, sesuatu alat tajam seperti tawas atau buah manjakani perlulah digunakan.

cara sertu

Kredit Foto : Facebook Mufti Wilayah Persekutuan

Jelaslah di sini bahawa sertu merupakan satu-satunya kaedah yang boleh menyucikan pakaian, peralatan atau tempat yang terkena najis dari anjing atau babi.

Samak pula merupakan kaedah menyucikan kulit binatang daripada najis seperti lemak, darah sebelum ia boleh digunakan. Kaedah samak tidak dapat menyucikan najis berat daripada anjing dan babi.

Hukum Sertu

Setiap umat Islam perlulah mempelajari cara sertu yang betul sebagai pengetahuan. Mufti WP turut menegaskan hukum wajib sertu menggunakan tanah bagi menyucikan najis dari anjing dan babi.

Cara Sertu Kasut / Tangan Yang Terkena Najis Berat

Caranya juga tidaklah susah. Anda hanya perlu ada sumber air yang bersih serta tanah yang suci untuk buat air sertu.

Tanah yang digunakan perlulah :

  • Bebas dari unsur najis
  • Suci dari sebarang kekotoran seperti minyak dan sebagainya
  • Bukan tanah yang telah digunakan untuk tayammum

Anda boleh ikuti video panduan yang dikongsikan oleh Zayan di bawah.

cara sertu

 

cara sertu

cara sertu

Rujuk link video asal: https://www.facebook.com/watch/?v=189815923308022

Cara-caranya adalah seperti berikut :

  1. Asingkan pakaian yang terkena najis terlebih dahulu. Jika tangan atau anggota badan lain terkena najis, jauhkan diri anda daripada orang ramai.
  2. Hilangkan najis menggunakan air. Ini bagi menghilang segala ain najasat iaitu najis yang boleh dilihat dengan mata kasar.
  3. Di dalam satu bekas, sediakan air sertu iaitu air yang dicampur dengan tanah. Air sertu perlulah digaul sebaiknya sehingga air mutlak berubah menjadi warna tanah.
  4. Basuh pakaian atau tangan yang terkena najis tadi dengan air bercampur tanah sebanyak 1 kali.
  5. Lap atau gosok sedikit untuk pastikan najis tidak lagi melekat
  6. Bila pakaian atau tangan bebas najis, basuh pula kawasan terkena najis tadi menggunakan air bersih atau air mutlak sebanyak 6 kali.

Cara Sertu Pakaian Yang Terkena Najis Mughallazah

Anda juga boleh menonton video daripada doktor veterinari ini:

@drima_vet

Macamana nak sertu pakaian yang terkena najis mughallazoh? Let’s jom! #vetlife #drima_vet #veterinarian #fyp #foryoupage #tiktokguru #education

♬ Count on Me (Instrumental Version) – Instrumental Pop Songs & Soft Background Music

Mudah bukan untuk lakukan sertu apabila terkena najis anjing atau babi? Amalan sertu juga merupakan ibadah yang disarankan oleh Rasulullah SAW.

Antara hikmah yang boleh didapati daripada amalan sertu ialah untuk menghindarkan jangkitan kuman daripada binatang. Sertu juga dilihat sebagai amalan agama kita yang mementingkan kebersihan dalam kehidupan seharian .

Sumber rujukan :

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×