DIY & Kraf

Cara Semai Benih Kunyit Di Rumah, Senang Tak perlu Beli Dah!

37
SHARES

Kunyit merupakan antara bahan sering digunakan dalam masakan. Tak lengkap rasanya juadah rendang kalau tiada kunyit dan daunnya. Betul tak?

Jadi, kalau nak mudah dan jimat, apa kata tanam sendiri sahaja kunyit di rumah. Nak tahu cara semai benih kunyit macam mana? Jom baca perkongsian Razak Adom. Lepas ni ambil kunyit di kebun sendiri sahaja, tak perlu beli.

Baca juga: Baru Beli Dah Layu… Ini Cara Simpan Sayur Agar Tahan Lebih Lama, Sebulan Pun Fresh!

CARA SEMAI BENIH KUNYIT DI RUMAH, SENANG TAK PERLU BELI DAH

1. Pilih isi-isi kunyit yang bermata tunas untuk disemai. 

2. Alas bekas dengan 2 lapiasan surat khabar basah.

3. Susun isi kunyit dalam bekas tu.

4. Tutup bahagian atas benih dengan 2 lapis surat khabar basah.

5. Letak di tempat gelap. (Dalam almari/kotak/bungkus dengan kain. Jangan tutup mati sebab benda hidup perlukan udara)

6. Periksa selepas 2 minggu. Keluarkan benih yang dah bertunas panjang (lebih 1 1/2 inci), semai dalam polibag.

7. Tunas yang masih pendek/belum tumbuh, masukkan semula dalam bekas. Basahkan lagi surat khabar penutup. Sambung proses pengeraman.

8. Periksa lagi selepas seminggu. Begitulah seterusnya sehingga semua benih mengeluarkan tunas. Buang benih yang busuk/buruk.

Sumber: Facebook Razak Adom

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×