Kewangan

Cara Renew SSM Online Melalui Portal Rasmi EzBiz

4
SHARES
cara renew ssm online

“Alamak, dah nak akhir tahun ni… Nasib baik teringat nak kena renew lesen perniagaan. Tapi malaslah nak keluar masa PKP ni. Macam mana cara renew SSM online ye?”

Jangan risau, proses memperbaharui lesen perniagaan kini boleh dilakukan melalui laman web EzBiz, iaitu portal rasmi yang disediakan oleh SSM.

Kalau anda perasan, masa Google ‘renew SSM’ tu, banyak laman web yang menyerupai SSM akan keluar dan menawarkan perkhidmatan pembaharuan perniagaan.

Memang ada syarikat yang melakukan perkhidmatan tersebut, cuma kita perlu berhati-hati sebab mungkin aka dikenakan caj tambahan, sampai ada yang berkali ganda berbanding harga asal.

portal ezbiz cara renew ssm

Jadi nak lebih selamat, lagi bagus buat sendiri di laman web EzBiz ok!

Jom kami tunjukkan caranya.

Cara Renew SSM Online Di Portal EzBiz

Sebelum kami terangkan langkah demi langkah cara renew SSM online, jom ketahui serba sedikit tentang portal EzBiz.

EzBiz adalah pendaftaran perniagaan dalam talian yang disediakan oleh SSM untuk membenarkan pengguna untuk:

  • melakukan pendaftaran baru;
  • mendaftar perubahan;
  • menamatkan perniagaan; dan
  • membeli maklumat perniagaan.

Portal EzBiz ialah cara alternatif  untuk urus niaga yang mudah, cepat dan percuma.

Ia juga tersedia 24 jam sehari, 7 hari seminggu dengan mengakses laman web www.ezbiz.ssm.com.my.

Langkah-langkah Renew SSM Online Di Portal EzBiz

OK, dah tahu tentang EzBiz, jom kita tengok cara nak renew SSM online menggunakan portal ini.

1. Daftar

Mula-mula, kita perlu daftar dulu sebagai pengguna untuk portal ini.

Tapi untuk aktifkan EzBiz, anda perlu ke kaunter dulu untuk pengesahan ID.

Walaupun nampak agak leceh, tapi proses ini penting supaya ID kita tak disalahguna.

Nak tengok senarai cawangan / kaunter SSM terdekat setiap negeri, boleh rujuk laman web SSM di SINI.

cara renew ssm online ezbiz

2. Log Masuk

Lepas dah sahkan ID, kita akan diberikan password sementara.

Buka laman web https://ezbiz.ssm.com.my/ dan log masuk menggunakan ID yang didaftarkan di kaunter SSM tadi.

Ingat, pergi ke laman web https://ezbiz.ssm.com.my/, bukannya ezbizonline atau lain-lain laman web yang mirip dengannya.

Masukkan juga kod captcha dalam ruang yang tersedia di bawah.

cara renew ssm online 1

3. Pergi Ke ‘My Business Services’ > ‘Renewal by Owners’

Seterusnya pergi ke menu ‘My Business Services’.

Dekat situ nanti ada pilihan untuk buat pembaharuan lesen kita atau lesen orang lain. Kalau bisnes tu kita punya, klik je ‘Renewal by Owners’.

cara renew ssm online ezbiz

4. Klik Ikon ‘Renew’

Bila dah klik tadi, akan keluar maklumat perniagaan kita macam ni.

Cari je ikon ‘pensel’ macam yang ditandakan dalam gambar di bawah ni untuk proses renew SSM online.

5. Pilih Maklumat Pembaharuan & Pengesahan

Nanti akan keluar satu page tentang maklumat perniagaan kita yang lebih detail.

Lepas tu bolehlah kita pilih berapa tahun kita nak renew lesen SSM kita tu.

Jangan lupa ‘tick’ dalam kotak kecil tu untuk pengesahan dan ‘Proceed to Payment’.

cara renew ssm online ezbiz 2

6. Pilih Cara Pembayaran

Kemudian pilih cara pembayaran, sama ada secara online atau nak bayar di kaunter.

Oh ya, harga renew lesen SSM ni bergantung pada nama tred yang didaftarkan. Kalau kita guna nama sendiri (nama dalam IC), harganya cuma RM30, manakala kalau kita guna nama tred (Contohnya: SisCuba Enterprise, Burger Berasap, Pemasaran Megah Unggul, dll) kenalah bayar RM60. Faham?

Nanti akan keluar pilihan macam ni kalau kita pilih pembayaran online.

Pembayaran online pun boleh pilih sama ada nak bayar guna kad kredit / debit atau nak guna internet banking macam biasa.

Kalau nak guna transfer macam biasa, sila klik FPX macam yang saya tandakan di bawah ni.

Siap!

Ok lepas dah siap bayar semua, nanti kita akan diberi fail PDF lesen perniagaan yang dah diperbaharui.

Bolehlah print untuk kegunaan dan rujukan kita. Kalau tak ada printer sekarang, save je dulu dalam phone.

Nanti bila dah pergi kedai boleh print.

Mudah kan?

Sekejap je siap!

Cara Renew SSM Secara Manual

Oh ya, kalau yang lebih suka berurusan secara manual dan tak nak buat ikut cara renew SSM online ni, tak ada masalah.

Boleh pergi ke:

  • Cawangan SSM
  • Bank Rakyat
  • BSN

Dekat sini kita boleh berurusan terus untuk renew SSM di kaunter. Dekat pejabat pos tak boleh ye!

Bagi yang belum pernah mendaftar SSM, sila rujuk cara pendaftaran di artikel ini: Cara Daftar SSM Untuk Bisnes Online & Servis Freelance. Banyak Kelebihan Walau Kecil-kecilan

Maklumat Lanjut Tentang Cara Renew SSM Online

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk FAQ SSM di SINI dan follow media sosial SSM untuk update terkini.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×