Asuh

Doktor Ajar Cara Pilih Cereal Untuk Anak, Tak Semua Cereal Sesuai Dimakan

36
SHARES

“Sesuai ke cereal ni? atau yang ini? Aduh!! macam mana cara pilih cereal untuk anak ni…”

Menu sarapan sihat paling mudah dan cepat untuk anak-anak bagi ibu bapa yang sibuk dengan kerja ialah dengan memberi cereal atau bijirin. Dipadankan dengan susu pilihan anak-anak, pasti akan membuka selera si comel di pagi hari.

Namun, tidak semua bijirin sesuai dimakan oleh anak-anak. Kandungan bahan lain dalam cereal tersebut haruslah disemak terlebih dahulu agar tidak memudaratkan kesihatan seperti contoh kandungan gula yang tinggi.

Justeru itu, perkongsian seorang doktor di Facebook memberi tips cara memilih cereal untuk anak-anak supaya ia dapat memberi khasiat yang diperlukan.

Baca juga: Pakar Kongsi Cara Pilih Bentuk Berus Gigi Yang Tepat Untuk Anak Kecil

DOKTOR AJAR CARA PILIH CEREAL UNTUK ANAK

Bukan semua cornflakes dan cereal, anak-anak kita tak boleh makan untuk breakfast. Sebenarnya ada banyak je pilihan yang lebih baik, tanpa bahan-bahan pelik yang boleh rosakkan tubuh badan anak.

Tengok bahan ramuan cornflakes dalam gambar nombor 1 dan 2. Hanya 3 bahan je dah boleh hasilkan cornflakes pilihan yang lebih baik untuk anak makan.

– Antara pilihan yang okay.

cara pilih cereal untuk anak

– Mungkin ini lebih baik.

Yang nombor 3, sampai 19 bahan tambahan yang ada. Badan anak tak perlukan pun semua itu.


Rajin-rajin lah kita lebihkan sedikit masa untuk teliti dan belek bahan ramuan makanan yang anak kita makan. Walaupun di bahagian organik, tetap jadikan habit untuk baca bahan ramuan.

Pilihan sentiasa ada, cuma perlukan sedikit ilmu untuk kita buat pilihan yang betul. Boleh ya, sama-sama kita cuba untuk amalkan konsep real food for real people.

Kalau tak ada masa nak keluar cari cereal, boleh beli sahaja di Shopee.

Sumber: Facebook Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×