Salah satu elemen yang dapat menaikkan seri ruang tamu ialah langsir.
Langsir yang bersesuaian boleh menjadikan ruang tamu kita nampak luas, cantik dan lengkap.
Bila kita masuk rumah baru atau rumah sewa, biasanya banyak kos yang perlu dibelanjakan.
Jadi, apa kata kita cuba jimat dan DIY rod langsir sendiri.
Tentu lebih jimat kan?
Jom kita tengok cara DIY rod langsir eyelet yang dikongsikan oleh Cik Amy WD melalui Facebook ini.
Apakah Langsir Eyelet?
Kalau anda perasan, antara pattern langsir yang popular sekarang ni ialah langsir eyelet.
Langsir eyelet ini mempunyai cincin besi yang besar pada kain bagi menggantungnya pada rod langsir.
Berbeza dengan langsir tradisional atau french pleat yang masih menggunakan cangkuk besi “iron hook”, rekabentuk langsir eyelet nampak ringkas, moden dan elegan.
Pendek kata, memang jimat masa nak tanggal dan pasang.
Jom kita tengok cara DIY rod langsir eyelet menggunakan paip PVC dengan kos sekitar RM50 sahaja untuk seluruh rumah.
DIY Rod Langsir Eyelet Paling Jimat & Mudah Guna PVC. RM50 Je Untuk 1 Rumah!
Akhirnya tergantunglah langsir yang dah lama beli ni hasil kerja suami sendirian.
DIY sendiri je memang jimat.
Dengan modal RM50, saya dapat buat rod langsir eyelet untuk gantung langsir pada 4 frame tingkap dan 2 frame pintu bilik.
Bahan yang digunakan mesra poket dan mudah dicari.
Saya senaraikan di bawah ya.
Bahan-bahan
- L bracket (RM 1.60 /unit)
- U clip (RM0.60 /unit)
- Bolt dan nut.
- PVC end cap (RM0.60/unit)
- Paip PVC (RM1 /kaki)
- Cable tie (untuk lock atas skru)
NOTA: Paip PVC ni suami suruh kedai potong siap-siap. Jadi pastikan ukur dulu dekat mana kita nak pasang nanti.
Boleh try dulu pasang ikut saiz masa dekat kedai macam ni.
Kalau dah cun semua bolehlah proceed terus.
Bolt & Nut macam ni
Cara Pasang / DIY Rod Langsir Eyelet Guna Paip PVC
Caranya senang je, kita cuma drill lubang L bracket tu dekat dinding kemas-kemas supaya kukuh.
Dekat bahagian atas tu saya pasang cable tie macam ni.
Dah siap pun.
Kejap je nak buat sebab simple sangat.
Ni dekat ruang tamu depan.
Yang penting, dapat jimat banyak. Hasilnya pun boleh tahan juga kan…
Kalau siapa rajin bolehlah cat atau spray ikut warna yang kita suka.
Selamat mencuba!
[Baca juga: DIY Kolam Renang Mini Di Rumah Guna Tangki Air Je. Jimat & Mudah, Anak Pun Seronok! ]
[Baca juga: DIY Pintu Bilik Nampak Eksklusif Dengan Bajet Ciput. RM100 Je Untuk 3 Pintu!]
*Cara pasang rod langsir eyelet ini dikongsikan oleh Cik Amy WD menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Sebarang pertanyaan atau info lanjut tentang DIY ini boleh diajukan melalui posting asal beliau di SINI.