Ada tak antara anda yang dah jemu dengan wallpaper yang sama? Nak tukar yang baharu tapi takut pula cat dinding akan rosak. Nak panggil upah orang mahal lah pula. Jadi, terpaksa batalkan hasrat itu.
Namun anda jangan bimbang, ada cara yang betul dan anda sendiri pun boleh buat di rumah tanpa rosakkan cat dinding. Seorang pengguna TikTok @shah_gegar telah berkongsi cara mudah nak tanggalkan wallpaper dirumah.
Baca juga: Doktor Psikologi Kongsi Cara Mudah Nak Tidur Malam
CARA MUDAH NAK TANGGALKAN WALLPAPER DI RUMAH TANPA ROSAKKAN CAT
Bahan-bahannya:
– Softlan
– Pengikis (scrapper)
– Botol Spray
– Air panas
Cara-caranya:
1. Masukkan air panas ke dalam botol air.
2. Kemudian masukkan sedikit softlan.
3. Masukkan pula air paip.
4. Mula-mula tanggalkan lapisan pertama wallpaper di dinding.
5. Selepas itu, sembur wallpaper dengan campuran dalam botol spray. Biarkan kembang seketika.
6. Kemudian gunakan scraper dan boleh tanggalkan wallpaper tersebut dengan mudah.
Hasilnya memang terbaik. Memang confirm takkan tertanggal cat. Selamat mencuba!
Video penuh:
@shah_gegar Mudah & Jimat.. cara Tanggalkan wallpaper di Rumah #fyp #foryoupage #malaysia #indonesia
♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey
Sumber: TikTok @shah_gegar