Dapur

Cara Mudah Buang Kimia Lilin Brokoli Guna 3 Bahan Dapur Je!

1.9K
SHARES

Pasti ramai sudah tahu bahawa sayur brokoli merupakan salah satu superfood yang dapat membekalkan nutrien kepada badan kita. Mengamalkan pengambilan sayur ini amat digalakkan khususnya buat anak-anak yang sedang membesar supaya boleh menjana minda mereka. Namun, kalau anda perasan sayur brokoli segar yang dijual di pasar atau pasaraya mempunyai tompok-tompok putih di atas gugusan sayur. Apa itu dan macam mana nak hilangkannya? Jom cuba cara mudah untuk buang kimia lilin brokoli dengan guna 3 bahan dapur sahaja.

Cara mudah buang kimia lilin brokoli hanya guna 3 bahan di dapur sahaja

Dulu kakmie dan famili tak suka makan sayur brokoli ni. Tapi sejak akhir-akhir ni semakin minat pulak. Pendek kata tak leh nampak brokoli segar pasti nak angkut beli. Kalau perhati betul-betul, atas gugusan brokoli ni ada warna putih-putih kelabu kan. Semacam lilin pun ada. Cuba alirkan air, pasti air tak boleh lalu ke dalam tu.

Ada perasan tak? Kebanyakan brokoli di tempat kita ni banyak yang diimport, nak bagi sayur segar sokmo bahan kimia bubuh situ. Tu la kakmie cuba cari jugak cara nak bersihkan racun-racun tu. Alhamdulillah jumpa dah. Rasa bersih sikit la nak makan. Caranya mudah jer. Guna semua bahan yang ada kat dapur.

BAHAN-BAHAN

1. Cuka (kakmie guna cuka epal)

2. Garam (kakmie guna garam himalaya pink)

3. Air bersih

CARA-CARA UNTUK MENCUCI

Rendamkan brokoli dalam air cuka dan garam dalam 3-5 minit. Lepas tu bilas bersih. InsyaAllah. Cuba rujuk video kat bawah. Kakmie ada buat eksperimen.

– Brokoli (kiri) sebelum direndam.

– Brokoli (kanan) selepas direndam. Jelas nampak air boleh tembus masuk dalam gugusan brokoli-(Racun lilin dah hilang).

Ps : Nanti jangan lupa beritahu famili, kawan-kawan tentang tips nih, supaya mereka pun tahu. Sama-sama kita sihat.

Sumber : Salmy Saznira 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×