Kewangan

Cara Mohon Lanjutan Moratorium, Ini Adalah Senarai Lengkap Agensi Perbankan Yang Terlibat

6
SHARES

Dunia telah dikejutkan dengan penularan wabak  COVID-19 semenjak Disember 2019. Bukan sahaja dari segi kesihatan manusia sahaja yang terjejas terutamanya, malah sektor ekonomi juga menunjukkan penurunan dan kejatuhan. Justeru itu, kerajaan telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 untuk menangani impak COVID-19. Turut tampil meringankan beban rakyat dalam hal ini adalah pihak bank yang menawarkan penangguhan ansuran bank.

Penangguhan ansuran bank atau dikenali dengan nama moratorium adalah penangguhan secara rasmi bayaran ansuran bulanan daripada peminjam atau pembayar kepada pihak bank tanpa sebarang denda atau caj penalti.

SENARAI AGENSI PERBANKAN YANG MENERIMA LANJUTAN MORATORIUM

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa mulai 18 Mac 2020 dan akan berakhir 31 Mac 2020 nanti, ramai pekerja dijangka terjejas khususnya pendapatan mereka. Oleh sebab itu, Persatuan Bank dalam Malaysia telah mengumumkan bahawa ahli-ahlinya komited dalam membantu rakyat Malaysia menghadapi krisis dunia ini.

Setakat ini, beberapa buah bank atau entiti pembiayaan yang telah secara rasmi mengumumkan penawaran lanjutan moratorium kepada kepada pelanggan mereka sama ada bagi individu atau syarikat kecil dan sederhana. Para pembayar yang ingin mendapatkan bantuan ini perlulah membuat permohonan moratorium seperti yang akan dikongsikan di bawah.

Menteri Kewangan telah mengumumkan dalam sidang parlimen pada 26 November 2020 dimana permohonan moratorium golongan B40 & PKS Mikro akan mendapat kelulusan bank dalam masa 24 jam. Secara automatik, buat permohonan & tidak perlu dokumen. Bagi M40 juga tidak perlu dokumen tetapi perlu self-declarion, kelulusan dalam 1 – 5 hari.

1. CIMB / CIMB Islamic CIMB Moratorium

2. Maybank / Maybank Islamic Maybank Moratorium

3. Hong Leong Bank / Hong Leong Islamic Hong Leong Bank Moratorium

4. Affin Bank / Affin Islamic Affin Bank Moratorium

5. AmBank /AmBank Moratorium

6. Bank Islam /Bank Islam Moratorium

7. Bank Simpanan Nasional (BSN) / Bank Simpanan Moratorium

8. Agro Bank / Agro Bank Moratorium

9. Bank Muamalat/ Bank Muamalat Moratorium

10. Bank Rakyat / Bank Rakyat Moratorium

11. HSBC Amanah/ HSBC Bank Moratorium

12. Public Bank / Public Bank Moratorium

13. OCBC Al Amin Bank Berhad/ OCBC Bank Moratorium

14.MBSB Bank / MBSB Bank Moratorium

15. RHB Bank / RHB Islamic RHB Bank Moratorium

16. Standard Chartered Saadiq / Standard Chartered Bank Moratorium

17. Alliance Bank/ Alliance Bank Moratorium

18. SME Bank / SME Bank Moratorium

Cara untuk membuat permohonan lanjutan moratorium adalah tertakluk kepada agensi perbankan itu sendiri. Anda boleh klik pautan yang telah disertakan untuk mendapatkan bantuan yang lebih lanjut.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×