Sihat

9 Cara Efektif Merawat Tonsil Bengkak Pada Bayi & Kanak-kanak

1.6K
SHARES

“Bila Aimi demam, mesti kena tonsil. Lepas tu, mulalah dia meragam dan tak mahu makan. Ada tak cara merawat tonsil di rumah ya?”

Kanak-kanak memang sinonim dengan tonsil. Kalau anak demam, salah satu yang kita risaukan adalah bengkak tonsil.

Menurut MyHealth, tonsil adalah gumpalan tisu limfoid (sub-epitelium) yang terletak di bahagian tekak (orofarinks). Selain sakit tekak dan sukar menelan, radang atau bengkak tonsil biasanya disertai dengan gejala demam panas yang agak lama berbanding biasa, sakit telinga, sembelit, sakit kepala, lemah tubuh, dan hilang selera makan.

Kenapa Anak Kecil Kerap Sakit Tonsil?

Dr. Ramiza Ramza Ramli menjelaskan menerusi laman web kesihatan DoktorBudak.com, kanak-kanak kerap diserang tonsil kerana kesemua tonsil ini berfungsi sebagai pertahanan badan semasa awal pembesaran kanak-kanak. Ini bermaksud, apabila kanak-kanak dijangkiti kuman, tisu tonsil akan menghasilkan sel bagi melawan kuman. Tindakbalas inilah yang menyebabkan tonsil menjadi radang dan membesar.

Biasanya, tindakbalas ini akan berterusan sehingga kanak-kanak berumur 2-3 tahun fungsinya sebagai pertahanan badan akan diambil alih tugasnya oleh sistem pertahanan badan yang lebih menyeluruh dan matang secara beransur-ansur. Dalam tempoh ini, tisu tonsil akan mengecil akhirnya kurang berfungsi.

Sungguhpun begitu, bagi sesetengah individu, tisu tonsil terus kekal besar dan menjadi tumpuan jangkitan kuman. Lazimnya, golongan ini cenderung mendapat masalah sakit tonsil secara berulang-ulang dan mengalami sakit tonsil yang kerap.

Foto Kredit: newhealthadvisor.com

9 Cara Efektif Merawat Tonsil Kanak-kanak Di Rumah

Secara umumnya, radang tonsil bukanlah sesuatu yang merbahaya dan selalunya ia boleh dikawal dengan rawatan yang betul di rumah.

Antara cara merawat tonsil kanak-kanak dengan selamat adalah:

1. Pastikan Minum Secukupnya

Apabila anak diserang tonsil, penting bagi ibu bapa memastikan si kecil tidak terdehidrasi sekalipun mereka tidak berselera untuk makan. Maka, tawarkan air suam dengan lebih kerap kepada anak yang berusia 6 bulan ke atas. Suapkan dengan sudu, syringe, atau beri mereka minum dengan straw untuk mengurangkan rasa sakit semasa menelan.

Untuk bayi yang menyusu badan, teruskan susu badan. Bayi di bawah 6 bulan perlu dibawa ke hospital jika didapati kurang minum.

Foto Kredit: naturalawakeingsmag.com

2. Periksa Lampin Bayi Setiap 4-6 Jam

Bagaimana nak tahu sama ada bayi minum dengan cukup? Periksa lampin mereka setiap 4-6 jam.

Kalau kurang air kencing atau tak ada air kencing, pastikan bayi anda dibawa ke klinik atau hospital segera. Ketiadaan air kencing bermaksud bayi dalam keadaan dehidrasi.

10 Cara Hilangkan Ruam Lampin Bayi. Petua & Tips Mudah!

Foto Kredit: huffingtonpost.com

3. Makan Aiskrim

Makanan yang sejuk seperti aiskrim, minuman sejuk, jelly, dan yogurt mampu memberi kelegaan kepada tonsil yang membengkak. Rasa sejuk pada makanan tersebut memberikan rasa kebas dan membantu menghilangkan rasa sakit. Namun, elakkan minuman bergas atau minuman-minuman manis yang tidak berkhasiat.

Sebagai alternatif yang lebih sihat, anda boleh membekukan jus buah-buahan asli yang dikisar atau membuat frozen fruit popsicle / smoothie. Bagi bayi, boleh juga menggunakan perahan susu badan untuk membuat breastmilk popsicle.

Foto Kredit: thinkstockphotos.fr

4. Air Madu & Lemon

Selain minuman sejuk, madu dan lemon juga sering diamalkan sebagai salah satu cara merawat tonsil dengan berkesan.

Tambahkan sedikit madu dan perahan lemon di dalam air suam dan minum. Madu berfungsi melindungi dan melegakan tekak, manakala lemon pula dapat mengurangkan mukus.

Walaubagaimanapun, JANGAN berikan madu kepada bayi yang berusia bawah 1 tahun kerana risiko botulism.

cara merawat tonsil

Foto Kredit: .sogoodblog.com

5. Kumur Air Garam

Jika anak dah pandai berkumur, ajarkan mereka untuk berkumur menggunakan air garam.

Larutkan 1/2 sudu teh garam ke dalam 1 cawan air suam untuk membuat air garam untuk dikumur. Pastikan anak anda tidak menelannya.

Foto Kredit: reference.com

6. Hisap Gula-gula Atau Lozenge

Jika anak sudah cukup besar, bolehlah beri mereka gula-gula atau lozenge (ubat kemam) yang dipreskripsikan sesuai dengan usia mereka.

Lozenge atau gula-gula herba untuk tekak boleh mengurangkan rasa sakit pada tonsil dengan menstimulasikan penghasilan air liur.

cara merawat tonsil

7. Jauhkan Daripada Asap Rokok

Jika ada ahli keluarga anda yang merokok, nasihatkan mereka agar tidak mendekati anak yang sedang sakit. Walaupun tidak merokok berdekatan anak, pastikan mereka mandi dan menukar pakaian untuk mengelakkan asap rokok sekunder daripada mencemari saluran pernafasan anak.

Asap rokok ‘basi’ ini sebenarnya lebih beracun berbanding asap rokok biasa dan sudah tentu ia boleh menyebabkan keradangan tekak bertambah buruk.

kesan asap rokok

Foto Kredit: vichuga-voskr.cerkov.ru

8. Berehat Di Rumah

Seeloknya biar anak berehat di rumah sepanjang tempoh rawatan. Jangan bawa anak anak kecil ke tempat tempat yang sesak dan ramai orang seperti pasar malam, warung Mamak, pusat membeli-belah, dan sebagainya kerana tempat-tempat seperti ini berpotensi menyebarkan pelbagai jenis virus dan bakteria.

Di samping itu, kurangkan mencium-cium bayi anda, terutamanya jika anda juga berasa kurang sihat.

Foto kredit: gettyimages.de

9. Utamakan Kebersihan

Seperti juga ketika anak sakit, pastikan anda memastikan kebersihan persekitaran mereka dalam keadaan yang baik untuk meminimakan sebarang jangkitan. Pastikan anak tidak berkongsi bekas makanan dan selalu mencuci tangan sebelum makan.

Sesetengah anak kecil suka mengeluarkan air liur (drooling) kerana berasa sakit menelannya. Maka, lapkan air liur ini dengan kerap supaya tidak menyebabkan jangkitan.

Foto Kredit: momjunction.com

Perlukah Antibiotik?

Menurut Dr Erna Nadia, bukan semua tonsilitis perlukan antibiotik. Hanya jika keputusan darah atau tonsil terdapat tanda-tanda jangkitan bakteria, barulah antibiotik wajar diberikan.

Jika telah dipastikan oleh doktor, pastikan antibiotik dihabiskan mengikut preskripsinya.

ubat batuk bayi

Foto Kredit: fb.ru

Rujuk Pakar ENT Jika Tonsil Semakin Kerap Dan Bertambah Teruk

Perhatikan tanda-tanda kronik seperti tonsil bernanah, berdengkur sewaktu tidur, atau mulut berbau. Tonsil yang kronik dikhuatiri menghalang sistem pernafasan dan mengganggu rutin harian.

Biasanya, tonsilitis akan sembuh dalam masa 7-10 hari. Jika perlu, doktor juga akan memberikan ubat-ubatan lain seperti paracetamol untuk melegakan sakit tekak, mengurangkan demam, dan sebagai penahan sakit.

Jika tonsil semakin kerap berlaku dan tidak menunjukkan sebarang tanda untuk pulih, bawalah anak berjumpa pakar ENT (ear, nose, and throat). Rawatan selanjutnya akan dijalankan dan pakar akan menentukan sama ada pembedahan tonsillectomy perlu dilakukan.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×