Asuh

Gara – Gara Jatuh, Ibu Kongsi Kisah Anak Terpaksa Cabut 10 Batang Gigi & Buang Tonsil

140
SHARES

Kebanyakan ibu bapa mengambil mudah tentang kesihatan gigi dan juga mulut anak-anak. Ini kerana ramai beranggapan gigi susu akan berganti apabila anak membesar. Walaubagaimanapun, demi keselesaan anak, ibu bapa wajib selalu ‘check’ keadaan gigi anak. Jadi, ibu ini kongsi pengalaman anak lelakinya terpaksa mencabut 10 batang gigi serta buang tonsil yang boleh dijadikan peringatan untuk ibu bapa.

JATUH TERSEMBAM KENA ALMARI TV

Ramai yang tanye kenapa gigi mat jepun kena cabut 10 batang dan sekali dengan tonsil? Meh sini ibunya nak story-mory.. dari A sampai z.. Asalnya gigi mat jepun..semua full comel loteee gigi dia. Bulan puasa tahun lepas, mat jepun duk main-main jatuh tersembam kena almari tv….Terus ibu bawak pergi kecemasan HTAA. Doc cakap gigi depan patah 2 batang dan kena buat operation sikit buang tunjang-tunjang gigi tu. Ibu tak cakap banyak terus sign, dekat kecemasan tu juga operation berjalan.. Kena juga 7 jahit..

Lepas tu boleh balik, tak admit wad. Bermulah sesi temu janji dengan doktor klinik dental. Setiap 2 bulan sekali kena jumpa doktor pakar gigi…Selama temujanji ada juga gigi yang kena cabut…Sebatang dua kuat makan coklat mat jepun ni…

KENA BUANG GIGI YANG ROSAK

Doktor ada bagitahu nak kena buang gigi-gigi yang rosak tu, tapi kena masuk dewan pembedahan.. Masa tu mat jepun baru 3 tahun tak boleh masuk dewan bedah lagi…. Satu hari tu, jumpa dr pakar lagi..Bila mat jepun buka mulut…doktor kejut tengok tonsel mat jepun besar sangat-sangat, terus dr buat surat refer ENT….

Hurmm bermula laaa episod temunjanji dengan dr ENT pulak. Dapat tarikh untuk temujanji pertama kali jumpa doktor ENT mula-mula doktor cakap ini tonsel biasa je. Tak ada masalah untuk mat jepun.. Lagipun dia tak demam.. Tapi mat jepun susah nak tidur sebab hidung dia jadi tersumbat, doktor cakap tak ada masalah ibu ok ok ok je mase tu…

KALI KE-3 JUMPA DOKTOR, DOKTOR NAMPAK TONSIL BESAR

Temujanji ke 2 ENT jumpa doktor pakar pun dia cakap sama. Ok je tak perlu buang. Padahal dah bgtau mat jepun susah nak tidur malam. Kali ke 3 jumpa doktor ENT… Dr yang sorang ni suruh mat jepun buka mulut… Terkejutt lah dr tu….besor bapok tonsel.. Kenapa doktor yang sebelum ni tak bagi buang.. Boleh pula dia tanya gitu… Ibu jawab je laaa doktor cakap ok tak ada masalah jadi ibu pun ok laa… Sebab ibu bukan doktor… Jadi tak tahu tonsel tu bahaya ke tak… Doktor yang check mat jepun terus check tarikh kosong untuk bilik bedah yang terawal…Alhamdulillah ada kosong,,,, haritu juga kena buat scoop hidung dengan sleep test sbb nak tahu oxygen dalam badan dia….admit wad lah satu malam..

Last temujanji dekat klinik ENT sebelom admit wad,,, doktor bagitahu result sleep test tak cantik.. Aduhaii rase takut bila dengar doktor bagitahu kena bawah pemantauan ICU.. Tapi kalau oxygen dia ok lepas operate tu tak payah masuk icu….

KENA PUASA UNTUK OPERATION

17/11/2019….admit wad pagi… Pakar gigi, pakar bius & pakar ENT mari dekat katil mat jepun….doktor bagitahu mat jepun kena puasa start pukul 4 pagi… Katanya nak operate pagi… Start lah puasa malam tu terus sebab mat jepun tidur terus sampai ke pagi…..

Bangun pagi siap-siap ingat dah nak kena masuk bilik bedah,, rupanya mat jepun turn no 4.. Dari pukul 8 pagi… Pastu doktor mari bagitahu pula pukul 12…. Lepas tu doktor bagitahu pula pukul 2.30….Tunggu punya tunggu pukul 4 baru lah dewan bedah panggil… Mat jepun tak cakap nak mengamuk dah.. Ye lah puasa dari semalam lagi… Bayangkanlah lama mana dia puasa, kalau bagi makan je memang cancel lah operate….

DUDUK DI HOSPITAL SELAMA 4 HARI

Pukul 4 dewan bedah panggil masuk.. Ibu lah yang masuk teman dia… Pujuk dia sampai lah doktor bagi bius ubat tidur.. Ibu kena tunggu dkt luar…. macam-macam rasa masa tu.. ALLAH saja yang tahu.  Pukul 8 malam doktor panggil waris mat jepun.. Alhamdulillah selamat semuanya… Kena tunggu dulu dalam tu bagi mat jepun stabil dulu, baru tolak naik wad. Sian mat jepun ibu nak makan tak boleh,, mulut sakit lagi minum air je laaa dia….

Berkampung dekat hospital 4 hari juga..Selagi mat jepun tak makan selagi tu tak boleh balik.. Nak makan mcm mane mulut sakit… Darah pun tak berhenti lagi.. Masuk hari ke 4 doktor bagi balik.. Alhamdulillah syukur.. tapi doktor bagitahu kalau sakit kena terus datang kecemasan..

Kalau anak ade tonsel tapi tak demam lebih baik buang dari anak duk tanggung sakit…Nak bagitau tak pandai… Sekian sedikit coretan kisah si mat jepun ibu…

Sumber: Ummu Fatiha

Most Popular

To Top
×