Sihat

5 Sebab Kenapa Anak Kita Tidur Berdengkur

825
SHARES

“Kenapa anak aku tidur berdengkur ni? Dah banyak hari pula tu…”

Mungkin ada dalam kalangan ibu bapa yang menanggap bahawa anak-anak yang masih kecil tidur berdengkur kelihatan agak melucukan. Namun tahukah anda bahawa perkara ini boleh memberi maksud masalah kesihatan yang lain? Kajian menunjukkan masalah berdengkur membabitkan 11 hingga 12 peratus kanak-kanak di seluruh dunia berumur antara 1 hingga 9 tahun. Kanak-kanak berdengkur sekurang-kurangnya 3 hingga 4 kali seminggu dan bunyinya cukup kuat untuk disedari ibu bapa.

Jika anak anda turut mengalami masalah berdengkur ketika tidur, ini mungkin adalah sebabnya.

5 sebab kenapa anak kita berdengkur

1. Masalah berat badan.

Berat badan berlebihan akan menyebabkan gangguan pada salur pernafasan dan mengakibatkan masalah dengkur bertambah teruk

2. Tonsil yang besar.

Ini menyebabkan halangan berlaku semasa proses pernafasan. Berdengkur boleh berlaku.

3. Adenoid besar.

Struktur adenoid terletak di bahagian nasopharynx iaitu di belakang hidung. Pembesaran pharyngeal tonsil ini boleh mengakibatkan masalah berdengkur juga

4. Terlalu letih.

Otot dan tisu yang lemah akibat terlalu letih akan mengakibatkan gangguan semasa bernafas ketika tidur. Berdengkur akan berlaku

5. Masalah pada hidung.

Polyp atau apa-apa masalah di rongga hidung juga boleh menyebabkan masalah dengkuran.

Bagaimana langkah rawatan dan penyelesaiannya?

Dapatkan pemeriksaan bersama doktor. Anda akan dibantu. Merawat segala punca masalah adalah langkah paling terbaik. Turunkan berat badan, aktif bersukan, rajin guna ubat doktor beri dan lain-lain.

Sumber : Dr. Ezairy M. Sallih

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×