Pra-Hamil

5 Cara Meningkatkan Kesuburan Lelaki & Kualiti Sperma – Dr Hamid Arshat

60
SHARES
cara meningkatkan kualiti sperma lelaki

Masalah ketidaksuburan bermakna masalah untuk mendapatkan zurait di mana ketiadaan konsepsi selepas satu tahun persetubuhan biasa tanpa sebarang kontraseptif.

Ia boleh berpunca daripada masalah kesuburan pada wanita atau lelaki itu sendiri.

Berikut adalah beberapa cara mudah yang anda boleh lakukan untuk meningkatkan kualiti sperma lelaki menurut Dr Hamid Arshat, iaitu seorang Pakar Perbidanan / Doktor Sakit Puan yang tersohor di Malaysia melalui posting terkini beliau di Facebook.

5 Cara Meningkatkan Kesuburan Lelaki – Dr Hamid Arshat

Kegagalan untuk hamil dan dapatkan zuriat bukan sahaja disebabkan masalah-masalah penyakit pada isteri, malah pihak suami dikatakan menjadi punca masalah dalam 20-30 %.

1. Elakkan Kepanasan Pada Zakar

Kepanasan badan khususnya jika terkena pada buah zakar dikatakan bolih mengurangkan dan melemahkan benih-benih lelaki.

Pekerja-pekerja yang terdedah matahari terik atau kilang berhawa panas, pemandu bas lori jarak jauh, mereka yang suka letak laptop atas riba menyebabkan kepanasannya kena buah zakar.

Elakkan juga sering mandi air panas.

  • Pakai seluar dalam yang longgar saperti boxer.
  • Mandi air sejuk khususnya lepas balik kerja.
  • Boleh juga letakkan ice pack yang telah dibekukan dalam peti ais pada bawah buah zakar selama 30 minit lepas balik kerja. Kesejukkan meningkatkan pergerakkan benih-benih.
nak cepat hamil

Foto Kredit: shopping.indiatimes.com

2. Perkara Yang Perlu Dijauhi

  • Semua jenis rokok tembakau.
  • Minuman yang mengadungi alcohol. Arak, whisky , beer dll.
  • Kurangkan minuman yang mengadungi kafeine.
  • Jauhkan minuman air yang mengadungi chlorine – air paip.
  • Dadah
  • Gula dan manisan – minuman2 soft drink , soda, kordel , juz dalam kotak.
  • Segala jenis fast food, junk foods. Jauhkan deep fried dan charcoal bbq.
  • Jauhkan pewangi dan kosmatik yang bukan organik.
  • Racun serangga (pesticides dan insecticides) dan segala bahan plastik dan styrofoam kerana kandungan xeno estrogen.

cara meningkatkan kesuburan lelaki

3. Makanan Berkhasiat & Berzat

  • Makan banyak buah dan sayuran. Bayam, kangkung, sawi, kobis, keladi, keledek, boccoli. Biasakan makan ulam.
  • Minum jus dari buah dan sayuran buatan sendiri. – Contohnya jus epal, oren, carrots, papaya , nenas, mangga, tembikai , avokado dll.
  • Makan seafood. Oyster mengandongi logam zinc , baik untuk benih.
  • Kekacang dan biji-bijian. Brazil nuts, almond , walnut mengandungi selenium, biji sunflower, biji anggur dan labu baik untuk benih lelaki.
  • Biji papaya – pahit rasanya. Ada kajian ia meningkatkan benih lelaki.
  • Ikan mackerel, kembong, tenggiri , sardine dan salmon. Sumber omega 3.

cara meningkatkan kesuburan lelaki

4. Pengambilan Suplemen

Makan multivitamins – banyak jenama dalam pasaran- perlu mengandungi vitamin B, A logam-logam termasuk zinc.

  • Vitamin C 1-2 gm setiap hari
  • Vitamin E 400 IU Setiap hari
  • Fish oil 1000 mg dua kali sehari.

Herbal supplement, antaranya produk-produk dari herba seperti;

  • Speman
  • Kapikachu
  • Tribestan
  • Saw palmeto
  • Panax ginseng

cara meningkatkan kesuburan lelaki

5. Rawatan / Ubat Hormon

  • Testosterone – hormon lelaki. Ada yang diberi secara suntikan atau dimakan dalam bentuk tablets. In perlu pengawasan doktor.
  • HCG. Sejenis hormon yang diberi secara suntikan olih doktor.
  • Ubat subur clomid – makan setengah biji pagi dan setengah petang. Setiap hari selama 3 bulan.

 

*Sumber: Facebook rasmi Dr Hamid Arshat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×