Famili

TV Al Hijrah Bakal Siar Kelas KAFA, Ini Jadual Untuk Anak Belajar Fardhu Ain Di Rumah

492
SHARES

Apabila sesi persekolahan bagi tahun 2021 bagi kebanyakan murid telah ditangguh ekoran penularan meningkat Covid-19, ini juga termasuk pengangguhan kelas agama dan fardhu ain seperti KAFA. Ramai juga dalam kalangan ibu bapa yang risau dengan pembelajaran akademik Islam dalam kalangan anak-anak. Bukan tidak boleh diajar di rumah, namun pembelajaran yang lebih teliti dan tepat berlaku di kelas KAFA tersebut.

Terbaharu, bagi memudahkan ibu bapa dan anak-anak, satu slot Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) bakal disiarkan setiap hari di TV AlHijrah bagi menjamin pendidikan agama dalam kalangan pelajar terutama di peringkat sekolah rendah.

KELAS KAFA DI TV ALHIJRAH

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata pihaknya mengambil maklum tentang kerisauan ibu bapa berkenaan kelas KAFA anak-anak mereka.

“Pendidikan keagamaan dan nilai murni kepada anak-anak sentiasa menjadi keutamaan kami.TV AlHijrah di zaman saya adalah TV pendidikan, tarbiah, hiburan Islami dan ilmiah untuk seisi keluarga,” katanya menerusi ciapan di laman Twitter @drzul_albakri.

Tambahnya rancangan pendidikan agama itu akan dilaksanakan agensi di bawah kementeriannya melalui kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) serta TV AlHijrah.

Makluman lebih lanjut berhubung slot pendidikan itu katanya akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Cari Usaha Penyelesaian & Waktu Siaran Kelas KAFA

Bukan itu sahaja, melalui perkongsian FB saudara NH Manzek atau Namanzee Harris yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif TV Al Hijrah, permasalahan kelas online bagi murid dan pelajar sekolah terutama kepada keluarga yang mempunyai capaian online yang terhad (B40) juga berlaku. Kekeliruan pengurusan group online whatsapp/telegram ibu bapa yang mempunyai lebih daripada seorang anak bersekolah juga menjadi faktor sesi pembelajaran secara online ini agak mencabar.

TVAH akan melaksanakan kelas Kafa yang mana murid dan pelajar boleh tonton setiap hari selama setengah jam dan ulangan hari sama bagi subjek tersebut di saluran 114 TVAlHijrah di semua platform Myfreeview, Astro, Astro Njoi, Unifi TV, Sirius TV, dan juga penstriman di FB TVAlhijrah.

Dr.Maszlee juga berkongsikan di laman Facebook beliau, dimana mengalu-alukan perkongsian video pembelajaran dari guru-guru KAFA supaya dapat dikongsikan di stesen tv tersebut. Ini bagi memudahkan guru-guru berkongsi dan anak-anak mendapatkan bahan pembelajaran yang betul.

Kelas KAFA TV ALHIJRAH

Siaran : Isnin- Ahad 430pm- ulangan hari sama 630pm

1.Isnin – Akidah Ibadah

2.Selasa – Sirah

3.Rabu – Jawi dan Khat

4. Khamis – Adab

5.Jumaat- Lughatul Quran

6.Sabtu – Penghayatan Cara Hidup Islam

7.Ahad- Amali Solat & Bidang Quran

*Semoga bermanfaat dan sama-sama kita tunggu di depan tv dengan anak-anak ya!

Sumber: TV AL Hijrah, Dr. Maszlee Malik, NH Manzek

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×