Percutian

Nak Bercuti Ke Pakistan? Ini Cara Mohon Visa Pelancong Secara Online

24
SHARES

CARA MEMOHON VISA PELANCONG KE PAKISTAN

Pakistan merupakan salah satu destinasi pilihan orang ramai untuk bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan. Keindahan alam semulajadi di sana sememangnya sangat memukau.

Bagi anda yang baru pertama kali mahu ke Pakistan tanpa menggunakan ejen pelancongan, ini merupakan cara untuk memohon visa pelancong secara online. Ikuti step-by-step di bawah yang dikongsi oleh pengguna Facebook Sharifah Norsukhairin.

Baca juga: Ini Cara Nak Masuk Thailand Guna Border Pass, Tak Rumit!

NAK BERCUTI KE PASKITAN? INI CARA MOHON VISA PELANCONG

1. Tiada lagi permohonan secara manual di Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia di Jalan Ampang. Saya sudah ke sana sendiri pada bulan Mac 2022 untuk bertanyakan tentang visa dan persoalan lain. Mereka hanya akan memproses permohonan melalui portal sahaja: Klik di sini

2. Seeloknya mohon 2 minggu sebelum penerbangan. Kelulusan diberikan dalam masa sehari dua sahaja jika tiada sebarang masalah terhadap permohonan tersebut. Tarikh visa bermula pada hari ia diluluskan, jadi, rugi la pula kalau mohon awal-awal tapi tarikh penerbangan lambat lagi.

3. Harga: USD 8.18 (RM40) untuk seorang untuk 3 bulan visa. Payment method: Credit/debit card sahaja.

4. Satu login account boleh digunakan untuk memohon lebih daripada satu visa. Jadi, tak perlu daftar akaun banyak-banyak untuk travel companion yang lain.

5. Dokumen sokongan yang perlu dimuatnaik:

– Gambar berukuran passport berlatarbelakangkan warna putih. Saya ambik gambar sendiri pakai handphone saja, crop ikut dimension/aspect ratio yang betul, dan resize bagi kecil sikit mengikut had KB dan pixels yang dibenarkan supaya boleh upload. Guideline untuk gambar boleh download sendiri di portal.

– Letter of Invitation (LOI) atau Confirmed Hotel Booking. Disebabkan trip saya ni DIY dan tak pakai mana-mana local tour agent, jadi saya hanya upload hotel booking confirmation sahaja.

*Saya sewa motosikal daripada kawannya di Gilgit – Karakoram Bikers, kemudian saya explore sendiri mana nak pergi, lebih kurang 600 km dalam masa yang agak terhad.

– Passport.

Semua dokumen adalah yang wajib dimuatnaik, tapi saya tambah juga dokumen yang tak wajib: itinerary dan tiket penerbangan supaya permohonan lebih kukuh.

6. Masa isi online, pilih yang berikut (kalau pilih selain yang ni, kemungkinan akan perlu beri dokumen sokongan tambahan atau ditemuduga terlebih dahulu)

  • Visa Category: Tourist/Visit
  • Visa Sub Category: Individual (less than 3 months)
  • Visa Entry Type: Single Entry
  • Application Type: Entry

Settle dan selamat melancong ke Pakistan!

Sumber: Facebook Sharifah Norsukhairin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×