Kewangan

Cara Main Kutu Guna Akaun Simpanan Melalui Maybank2u, Duit Pun Tak Kena ‘Songlap’!

46
SHARES

“Eh jom main kutu!”

Mesti ramai dalam kalangan anda yang sudah ‘terjebak’ dengan aktiviti main kutu ini bukan? Meskipun ramai yang sudah menganggap perkara ini normal namun sebenarnya aktiviti ini adalah salah dari segi undang-udang kerana terdedah kepada penyelewengan. Bukan itu sahaja, menurut Ustaz Azhar Idrus, hukum bermain kutu ini akan jatuh haram jika tidak dilafaz akad.

Oleh itu, bagi mengelakkan situasi tanpa sedar ini berlaku kepada diri sendiri, apa kata anda cuba cara yang lebih moden iaitu dengan menggunakan akaun simpanan bank sendiri. Lebih mudah, lebih dipercayai dan terhindar dari kes ‘duit hilang’!

CARA MAIN ‘KUTU’ GUNA AKAUN SIMPANAN MAYBANK2U

Kalau ikut sini login maybank tu terus ade je create goal. Tak taula sebab dah pernah buat. Kalau first time kena bukak web rasanya. Kena step by step. MENGGANTI KUTU DENGAN MENABUNG DI MAYBANK2U.

Actually, kat Maybank2u ni ada satu bahagian yang kita boleh simpan duit setiap bulan yang dipanggil ‘Create Goal +’. Apa yang best kat ‘Creat Goal +’ ni, first kita kena tahu apa tujuan kita nak create goal ni. Macam nak beli wing chair ke, travel Jepun ke, atau nak beli gelang? Pastu boleh set nak simpan berapa banyak duit setiap bulan. Maybank akan auto tolak duit dari akaun kita.

Lepas tu, bila dah sampai tempoh yang kita nak, jumlah duit terkumpul akan masuk semula ke akaun bank kita. Automatic. Takde kes hilang duit ke, mak kutu lari ke, best kan? Ok bawah ni ibu try tunjukkan step by step macam mana nak start gunakan ‘Create Goal +’ tu kat Maybank2u.

1. Memula, bukak website Maybank2u www.maybank2u.com.my dan Click Login Maybank2u.

2. Scroll bawah sikit dan akan jumpa Create Goal +..

3. Kemudian pilih category . Dalam tu ada banyak contoh tujuan seperti gift, family, travel, shopping, education, retirement dan others.

4. Pastu letakkan goal name korang. Contoh kalau target nak deposit rumah, letak depo rumah. Macam ibu nak gelang sajat, so letak ‘Gelang Sajat’ .

5. Dekat bahagian commitment ada by Monthly Amount dan by duration. Macam ibu pilih monthly amount.

6. Click Saving Account-i

7. Letakkan berapa jumlah yang dikehendaki di column Goal Amount.

8. Letak berapa jumlah untuk 1st deposit. Yang ni RM10 sebagai deposit pertama pun takpe.

9. Letak berapa jumlah nak tolak setiap bulan dari akaun Maybank.

10. Starting date tu letaklah setiap berapa haribulan nak duit tu tolak dari akaun Maybank kita.(serius macam kutu kan?)

11. Click Start.

12. Double check semua details dulu, kalau okay boleh click Confirm.

Okey It’s doneee gais. Kalau nak tambah lagi goal lain, click je kat Create Goal + tu tau. Haritu ibu buat 5goals sekaligus. Kadang pelik jugak apesal duit dlm account hilang. Rupanya dia nyorokkan masuk dalam Goals ni. Paksa rela menyimpan. Kalau tetiba terdesak nak guna duit ke, korang boleh je cancel goals korang tu. Nanti duit akan masuk balik dalam account korang.

Sumber: Wafa Ahmad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×