Cara lembutkan kulit popia yang keras atau kering setelah lama disimpan dalam peti sejuk beku (freezer) atau diletakkan di luar terlalu lama selepas disajikan menyebabkan ia kering.
Mesti ramai antara kita yang dah beli kulit popia tu tapi buat simpan je dalam peti sejuk kan?
Kadang tu tak habis guna, atau mungkin belum datang mood kerajinan nak masak guna kulit popia tu.
Simpan punya simpan last-last terlupa kewujudannya… Dan kulit popia tu makin lama makin kering dan keras kejung dalam peti sejuk tu.
So, apa nak buat?
Jangan buang dulu…! Sebenarnya boleh je guna lagi. Cuma perlu dilembutkan dulu.
Dalam artikel ini kami siarkan cara lembutkan kulit popia yang keras dan kering sebab tersimpan lama yang dikongsikan oleh Bee Keng melalui Facebook.
Jom tengok langkah-langkahnya.
Cara Lembutkan Kulit Popia Yang Kering / Keras Sebab Tersimpan Lama
Cara-caranya :
1. Dalam kuali atau periuk stim lapiskan lubang-lubang dulang pengukus dengan kain bersih yang lembap.
(Saya masak dulu kain bersih saya untuk pastikan ia tiada kuman langsung, maaf ya .. saya ni ada OCD sikit. )
**Kain lembap bukan basah ya.. maksudnya ia perlu diperah hingga betul-betul kering tiada air menitis langsung.
2. Letakkan kulit popia tersebut dan tutupkan dengan satu lagi kain bersih yang lembap.
Baca juga: Resepi Kuih Lopes Ekspres Guna Ketupat Palas / Lemang Instant. Sedap!
3. Pastikan air tidak terlalu banyak atau dekat dengan dulang pengukus, kalau tak semasa air mendidih …basah pula kulit popia tersebut.
Stim selama 10-15 minit.
4. Buka penutup stim dan pastikan ia betul-betul lembut, kalau tak, di-stim sekejap lagi.
Boleh check tengok, dah lembut kan?
Nota:
- Semasa disajikan, alihkan kulit popia tersebut sekali dengan kain atas bawah tersebut ke dalam pinggan penyajian, ia akan mengekalkan kelembapan sehingga popia habis dimakan.
- Namun ia tidak boleh dibiarkan terlalu lama sehingga berseharian, sebab kain lembap boleh menyebabkan kulit popia tersebut basi dan boleh menyebabkan keracunan makanan.
- Kalau tak habis dinasihatkan disimpan terus ke dalam peti sejuk dan masa mahu makan baru dikukus lagi.
Baca juga: 7 Cara Nak Dapatkan Ikan Bilis Goreng Yang Lebih Rangup, Tahan Lama & Tak Liat
Dah lembut kulit popia tadi, boleh guna semula macam biasa… Taklah membazir!
Untuk pengetahuan semua, orang cina suka makan popia yang tak goreng.
Tips / Cara Penyimpanan Kulit Popia Yang Betul
Sebenarnya, cara penyimpanan juga memainkan peranan yang penting untuk pengelakkan kulit popia menjadi kering dan keras.
- Untuk mengelakkan kulit popia keras selepas dibuka dan disimpan balik dalam peti sejuk beku (freezer), pastikan mulut pembukaan plastik kulit popia dilekat dengan tape sehingga kedap udara (saya guna tape yang lebar).
- Namun demikian kadang-kadang kalau disimpan terlalu lama ia akan hilang kelembapan, kering dan keras juga. Tetapi ia tidak seteruk yang plastiknya dibiarkan terbuka dan terus masuk freezer, yang ini bukan sahaja kering malah kulitnya pun turut pecah dan merekah.
Selamat mencuba gais!
*Kredit penulis asal: Bee Keng