Dapur

Lembutkan Daging Cara Orang Lama Guna Teknik ‘Mati Air’, Kejap Je Empuk!

1.8K
SHARES
Cara lembutkan daging

Mungkin ada antara kita yang belum pernah cuba teknik orang lama masak dan lembutkan daging tanpa pressure cooker atau periuk tekanan.

Kalau orang dulu panggil teknik ni ‘mati air daging’.

Pernah dengar tak?

Kalau belum jom kami kongsikan cara lembutkan daging guna teknik ‘mati air’ daging hasil perkongsian pengguna Facebook, Selamah Muhammad di bawah ini.

Cara Lembutkan Daging Guna Teknik ‘Mati Air’. Kejap Je Empuk!

Terjumpa teknik lembutkan daging ni dalam FB.

Saya dah cuba memang cepat melembutkan daging dan cepatkan masa memasak.

Bagi yang belum tahu, saya kongsikan di sini caranya.

Cara lembutkan daging

Cara-cara:

  1. Daging dipotong kecil (Saya buat dalam 700-800g)
  2. Goreng tanpa minyak tanpa isi air – memang goreng kering macam tu ya. Nanti akan keluar air daripada daging tu sendiri
  3. Guna api kecil, balik-balikkan sikit supaya tak hangus.
  4. Goreng sampai daging kering.
  5. Bila dah siap angkat – Boleh dah tumis bahan macam biasa untuk buat rendang / lauk masakan yang anda suka.

Mudah kan?

Ramai Dah Cuba, Memang Menjadi!

Rata-rata perkongsian ini mendapat perhatian ramai dan dibanjiri dengan tanda suka dan emoji Love.

Rupanya dah ramai juga yang dah selalu guna teknik ni untuk lembutkan daging.

Berdasarkan komen-komen, inilah cara yang diajarkan oleh orang lama untuk cepatkan masa memasak daging. Tak perlu pakai periuk canggih-canggih pun tetap menjadi!

Antara komen-komen yang diterima adalah seperti dalam screenshot di bawah:

Cara lembutkan daging

Baca juga: Cara Masak Beras Parboiled, Elok Untuk Diet & Kencing Manis. Tak Mudah Basi!

Jadi anda yang nak masak daging tu bolehlah cuba teknik ni untuk kalau malas nak pakai pressure cooker, terutamanya kalau nak masak kuantiti yang kecil saja.

Pernahkah anda menggunakan teknik ini untuk melembutkan daging?

Jika pernah, jom komen dan beritahu kami tips yang boleh dimanfaatkan bersama.

Selamat mencuba!

*Sumber : Selamah Muhammad

Selain tips ini, anda juga boleh cuba banyak lagi petua untuk lembutkan daging yang dikongsikan melalui artikel ini 10 Tips Lembutkan Daging Dengan Cepat Tanpa ‘Pressure Cooker’

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×