Sihat

Nutritionist Kongsi 6 Cara Kurangkan Lemak Di Perut Yang Terbukti Berkesan

44
SHARES

CARA KURANGKAN LEMAK DI PERUT YANG TERBUKTI BERKESAN MENURUT KAJIAN

Ramai antara kita yang bercita-cita nak kurus dan dah mulakan diet.

Hari demi hari mungkin ada sedikit perubahan, tapi susah betul nak kurangkan lemak di bahagian perut yang buncit!

Kenapa ya, susah sangat nak kempiskan perut – dan bagaimana cara sebenar nak kurangkan lemak di perut ni?

Jom ikuti perkongsian Syaza Nutritionist ini tentang jenis lemak di perut dan tips yang benar-benar berkesan hilangkan lemak di bahagian ini menurut kajian.

Perut Buncit, Apa Tandanya?

Ok hari ni saya akan share dengan anda semua macam mana cara nak kurangkan lemak dalam badan ni terutamanya bahagian perut ni.

Perut yang buncit bukan tanda Bahagia ye tapi boleh jadi faktor risiko masalah kesihatan terutamanya jantung dan kencing manis.

Terdapat 2 jenis lemak di perut, iaitu lemak visceral dan lemak subcutaneous.

Macam mana kita nak tahu kita ada lemak visceral yang tinggi?

Mudah sahaja, jika ukur lilit pinggang anda lebih dari 35 inci (90cm) untuk lelaki dan lebih 32 inci (80 cm) untuk perempuan, itu telah menunjukkan bahawa anda mempunyai lemak visceral yang berlebihan.

Lemak di perut

Cara kurangkan lemak di perut

6 Cara Kurangkan Lemak Di Perut Yang Terbukti Berkesan Menurut Kajian

Jadi ini 6 perkara yang terbukti menurut kajian yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan lemak visceral:

TIPS 1 : Elakkan gula tambahan dalam makanan dan minuman anda.

Kajian menunjukkan, penambahan gula yang berlebihan boleh menyebabkan lemak berkumpul di bahagian abdomen dan hati.

Ini akan memberikan kesan yang berbahaya kepada kesihatan secara keseluruhan.

TIPS 2 : Tingkatkan pengambilan protein.

Protein yang mencukupi merupakan faktor utama dalam proses penurunan berat badan. Kajian menunjukkan ia dapat membantu mengurangkan “craving” sehingga 60%, membantu menggalakkan kadar metabolism sebanyak 80-100 kalori sehari serta membantu anda untuk kurangkan pengambilan makanan yang lain hampir 441 kalori setiap hari.

TIPS 3 : Kurangkan pengambilan karbohidrat.

Pengambilan karbohidrat yang sikit merupakan cara yang sangat efektif dalam mengurangkan lemak, terutamanya karbohidrat ringkas seperti gula, roti putih, kek, dan lain-lain.

Cara ini bukan sahaja membantu mengurangkan lemak di perut malah dapat improve masalah kencing manis.

TIPS 4 : Tingkatkan pengambilan serat.

Kajian mendapati pengambilan serat yang banyak boleh membantu mengurangkan pembentukan perut buncit, membantu kenyang lebih lama dan mengurangkan “craving”.

TIPS 5 – Senaman secara berkala 

Senaman adalah merupakan perkara yang paling terbaik untuk membantu mengurangkan lemak di bahagian abdomen.

Senaman kardio seperti berjalan, jogging dan swimming sangat membantu.

TIPS 6 : Track pengambilan makanan 

Tracking makanan ini bukanlah semata-mata perlu menimbang atau mengukur semua yang anda makan, tetapi tracking ini boleh membantu memastikan makanan yang anda ambil bukan under dan over- estimate.

Jadi tidak mustahil sebenarnya untuk kita kurangkan pembentukan perut buncit ni dengan lakukan perkara yang saya nyatakan tadi.

Semoga bermanfaat!

(Sumber: Syaza Nutritionist)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×