Kewangan

Programmer Ini Kongsi Cara Kira Jumlah Perbelanjaan Di Shopee. Nak Pengsan Tengok!

684
SHARES

Ramai antara kita memang ada install apps Shopee dan pernah berbelanja di Shopee. Dalam tempoh PKP tempoh hari, tak dinafikan perbelanjaan secara online lebih mudah dan cepat untuk kita.

Cakap saja apa nak beli, dari perabot, makanan, barangan bayi, alatan pejabat, alat tulis, barangan sukan, buku – hampir kebanyakannya boleh didapati di Shopee.

Agaknya dah berapa banyak total perbelanjaan kita di Shopee sejak first kita guna Shopee ni?

Seorang programmer, Ahmad Saiful Bahri telah membuat satu javascript yang membolehkan kita mengira jumlah perbelanjaan kita di Shopee tau.

Ramai yang nak pengsan tengok berapa total yang dah dibelanjakan, sama ada secara sedar atau tidak!

Nak tahu macam mana cara nak kira?

Rujuk perkongsian beliau di bawah:

Cara Kira Jumlah Perbelanjaan Di Shopee

Ok, ni saja2… saya buat javascript utk kira berapa total spent kat shopee.

1. Buka https://github.com/epool86/calculateshopee
2. Copy code dari salah satu file (calculate.js / calculate_with_csv.js)
3. Buka laman web shopee (pastikan anda logged in akaun anda dulu ya)
4. Right click > inspect > click console tab
5. Paste dalam browser console, dan tekan enter utk run

NOTE
– hanya kira order yg dah complete sahaja
– order to ship, to receive tidak dikira
– jika lebih dari 1 item dalam 1 order, hanya papar nama 1st item

Ini contoh kiraan yang akan anda dapat!

Macam mana? Banyak atau boleh tambah lagi?

Sumber asal oleh: Ahmad Saiful Bahri

Untuk memudahkan, anda juga boleh tengok langkah bergambar step-by-step yang dikongsikan oleh page RedChilli MY ini:

cara kira perbelanjaan di shopee

Sumber gambar oleh: Red Chilli MY

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×