Dapur

Cara Jaga Pokok Cili Bara Dengan Betul, Tiada Lagi Masalah Pokok Cepat Mati!

57
SHARES

Cili merupakan antara tanaman yang menjadi pilihan hati untuk ditanam di rumah kerana kebanyakan juadah makanan memerlukan cili sebagai penambah rasa pedas. Kata orang tanam pokok cili ini mudah sahaja. Betul ke? Memang mudah tetapi pokok cili sering diserang penyakit dan menyebabkan kerugian serta tanaman mati.

Justeru itu, perkongsian saudari Alin Lin di laman Facebook memberi tips cara menjaga cili bara dengan betul. Jadi, tiada lagi masalah pokok cepat mati atau diserang penyakit. Wah!

Baca juga: Cara Tanam Anggur Dekat Rumah, Buah Cantik Bulat-Bulat!

CARA JAGA POKOK CILI BARA DENGAN BETUL

Tips bagi yang baru nak cuba. 

1. KENAL TANAH DAN NISBAH

Kalau guna cocopeat campur lah ia dgn bahan lain seperti:

  • Tanah hitam
  • Topsoil
  • Sekam padi/sawit

Nisbah 2+1 *Contoh dua cocopeat dan satu tu boleh la pilih antara 3 bahan tadi.  Tujuan supaya kita lebih mudah merawatnya nanti kerana semua bahan ada nutrisinya yang tersendiri.

Jika cocopeat baru perlulah di basuh dahulu sebelum guna. Kalau guna topsoil campur lah ia dgn cocopeat.  Nisbah 2+1. Contoh dua topsoil dan satu cocopeat.

Tujuan topsoil di campur dengan cocopeat untuk mendapatkan tanah yang poroi maka tidak lah tanah tadi padat atau mampat yang menyebabkan anak pokok bantut atau mati.

*Jawapan saya suka topsoil dan cocopeat, senang jaga walau pun terlepas baja tapi tanah tu sangat kaya dengan nutrisi dia sendiri.

2. PEMILIHAN BAJA & RACUN SERANGGA

Bagi yang  baru bermula kecil-kecilan baru nak belajar dan modal tak banyak boleh cuba baja NPK 15 15 15 dan racun serangga pula boleh cuba mapa malathion 57. Pembajaan cukup seminggu sekali

Baja NPK  sudah cukup lengkap:

  • N untuk daun
  • P untuk akar
  • K untuk buah

Untuk racun serangga cukup sekadar seminggu sekali di selang seli dengan cuka kayu. Jika pokok sudah berbuah dan banyak lalat buah atau ulat yang makan buah boleh guna kekerapan 2 ke 3 kali seminggu. Bila serangga dh tak nampak lagi boleh jarakkan semula seminggu sekali. *Nisbah saya gunakan 1ml dan 1 litter air

3. POKOK ROSAK APA NAK BUAT?

Bila kita tanam dalam masa 2 minggu selepas pindah dalam polly beg atau batas kita dah boleh nampak mana yang dah mula kerinting dan kuning di bahagian pucuk. Kalau ada yang begitu kita potong pucuk tu dan asing kan dari pokok yang lain.

Biarkan dalam seminggu penjagaan beri sama rata tak perlu berlebih-lebihan. Jika selepas dua minggu jika masih juga dia tak sihat, nasihat saya cabut dan buang jauh sebelum dia berjangkit pada pokok lain.

4. PENYIRAMAN POKOK

  • Pagi sebelum jam 9
  • Petang selepas jam 6

Jika kawasan redup boleh siram awal.

Pokok cili banyak akar serabut, jenis akar serabut sukakan tanah yang poroi lagi gembur tanah lagi banyak akar dapat keluarPokok saya tak banyak ada lebih kurang hampir 200 pokok. Saya cuba jimatkan kos bagi penjagaan dari musim-musim yang lepas. Semoga berjaya!

Sumber: Facebook Alin Lin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×