DIY & Kraf

5 Tips Penjagaan Pokok Cili Supaya Tumbuh Gemuk-Gemuk & Sihat!

73
SHARES

Cili merupakan antara tanaman yang menjadi pilihan hati untuk ditanam di rumah. Walaubagaimanapun, untuk menanam pokok cili bukanlah satu perkara mudah kerana pelbagai teknik dan petua perlu dipelajari supaya pokok cili hidup merimbun.

Kalau nak pokok cili menjadi lebat walaupun hanya dalam polibeg, ikuti 5 tips yang dikongsi oleh Harun Arun di laman Facebooknya.

Baca juga: Baru Beli Dah Layu… Ini Cara Simpan Sayur Agar Tahan Lebih Lama, Sebulan Pun Fresh!

5 TIPS PENJAGAAN POKOK CILI SUPAYA TUMBUH GEMUK & SIHAT

Ramai yang bertanya cara penjagaan cili, ini cara saya:

1. Pokok cili ditanam dalam polybeg size 16×16, ada yang tanam 1 pokok dan ada yang 2 pokok.

2. Medium yang digunakan ialah tanah sawit sisa boiler 80%, cocopeat 20%. Baja asas baja kopi 888, lebih murah. Seminggu letak 1 sudu besar, bergantung pada usia dan besar pokok.

3. Selain itu, buat juga foliar feeding dengan calcium boron dan hormone ikan seminggu 1 kali. Apabila pokok dah mula berbunga dan berbuah buat seminggu 2 kali.

4. Calcium ni penting untuk pembentukan sel buah dan pucuk baru. Selalunya dalam perebutan ni buah akan kalah, jadi timbul laa simpton buah jadi busuk pada bahagian hujung cili, mengerekot,pendek, pecah & tak berapa nak handsome.

5. Boron pula tugas dia facilitate/mudahkan pergerakan calcium kebuah. Untuk kawalan serangga saya guna cuka kayu sahaja seminggu 2 atau 3 kali, tengok pada keadaan cuaca.

Selamat bercucuk tanam, memang merimbun dan menjadi!

Sumber: Facebook Harun Arun

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×