DIY & Kraf

Cara Hilangkan Kesan Gam Sticker Paling Mudah. Guna Minyak Masak Je!

201
SHARES
cara hilangkan kesan sticker (1)

 “Ish, ape susah sangat nak tanggalkan label ni? Bila aku tonyoh-tonyoh makin buruk pulak rupa dia. Macam mana nak hilangkan kesan gam sticker ni ya?”

Masa baru beli barang contohnya pinggan mangkuk, botol kaca atau plastik untuk hiasan, mesti pernah lalui keadaan paling ‘annoying’ iaitu nak tanggalkan label tu.

Kita kopek-kopek, dia tanggal separuh je. Bila digosok, makin comot pulak rupa kesan sticker tu.

Haa… Cari punya cari, rupanya salah satu cara hilangkan kesan gam sticker tu senang je.

Caranya ialah dengan menggunakan minyak masak.

Nak tahu macam mana?

Cara Hilangkan Kesan Gam Sticker / Bekas Label Guna Minyak Masak

Dr Fatimah Salim, seorang ahli kimia yang aktif di Facebook ada berkongsikan satu tips dapur yang sangat mudah dan menarik, iaitu cara nak hilangkan kesan sticker pada label dengan hanya menggunakan minyak masak.

Biasanya sticker label ni terdapat pada tupperware, botol kaca atau bekas-bekas yang kita beli.

Jom baca perkongsian beliau selanjutnya di bawah ini.

Kepada yang tidak tahu, anda boleh menanggalkan kesan lekatan sticker pada bekas yang sudah lama dengan menggunakan minyak masak.

Caranya, tuangkan sedikit minyak masak pada tisu serap minyak (kitchen towel tissue paper) dan gosok. Bergantung kepada jumlah lekatan, ulangi langkah ini jika perlu.

Tips:

  • Minyak masak boleh melarutkan komponen gam.
  • Menggosok dengan cepat akan menghasilkan haba yang boleh membantu mempercepatkan proses tertanggalnya gam.

Mudah, Kan?

So, lepas ni bolehlah kita cuba buat dekat rumah kalau ada beli barang yang labelnya ‘degil’ sangat nak tanggal tu.

Boleh juga try buat dekat gunting yang melekat gam bila kita potong pita pelekat atau selotape tu.

Kami dah cuba, memang menjadi… Dah macam gunting baru beli!

Cara hilangkan kesan gam

Ni gunting yang anak saya pakai buat gunting pita pelekat.

Dah susah nak guna sebab dah melekat-lekat gamnya.

Cara hilangkan kesan gam sticker

Saya gosokkan dengan minyak masak guna tisu ni.

Ini hasilnya… Dah hilang kesan gam tu.

Gunting pun dah makin ringan je nak gerakkan.

Memang bagus dan menjadilah tips ni.

Jimat dan praktikal sangat.

Selamat Mencuba!

Ada juga yang kata nak cuba buat dekat cermin kereta yang ada kesan sticker road tax.

Mesti kejap je dah hilang kan?

Nanti kami nak try jugak. Kalau ada yang dah try, bolehlah komen dan kongsikan dengan kami hasilnya.

*Tips cara hilangkan kesan gam sticker ini dikongsikan oleh Dr Fatimah Salim menerusi Facebook. Jika ada sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan teknik yang dikongsikan di atas, sila ajukan pertanyaan anda terus melalui posting beliau melalui pautan INI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×