Aplikasi Whatsapp merupakan aplikasi pertama dibuka oleh rata-rata individu pada waktu pagi. Ini kerana pelbagai informasi mengenai kerja, hal sekolah anak dan lain-lain sering dihantar melalui aplikasi itu.
Buat anda yang tak tahu, ada satu trick boleh cuba iaitu hantar mesej Whatsapp automatik. Lagi senang kerana nak tidur pun mesej tetap boleh dihantar. Jom cuba!
Baca juga: Cara ‘Share Screen’ Di Messenger Facebook, Boleh Tengok Movie Sama-Sama!
CARA HANTAR MESEJ WHATSAPP AUTOMATIK, MUDAH!
Pengguna iPhone yang nak hantar mesej whatsapp setiap hari secara automatik boleh tengok ini ya.
1. Buka ‘Shortcut’ dan klik ‘Create personal automation’
2. Klik ‘Time of day’ dan pilih waktu untuk menghantar mesej itu. Kemudian, klik ‘Daily’ agar mesej dapat dihantar secara setiap hari pada waktu yang sama dan klik ‘next’
3. Selepas klik ‘next’, cari aplikasi Whatsapp dan pilih ‘Send Message’
4. Tulis mesej di bahagian Message dan pilih kepada siapa anda mahu hantar mesej tersebut. Kemudian klik ‘Ask before running’ dan last sekali klik Done.
Dah siap! Jadi, setiap hari penerima akan menerima mesej pada jam 8:15pm. Mudah kan? Selamat mencuba!
Sumber: TikTok Mxhanifxismail