Famili

Tak Tahu Nak Buang Barang Lama & Terpakai Kat Mana? Ini Cara Guna Apps iClean Selangor, Percuma Je!

2.4K
SHARES

Thank you iClean Selangor! Sebelum ni puas fikir mana nak buang barang2 rumah yg xpakai dan rosak. Mudah sangat guna Apps iClean Selangor. Hari Sabtu buat aduan, Isnin dapat call untuk diorg dtg ambil. Pagi ini lori datang angkut semua. Alhamdulillah clear dah semua. Yang paling best FOC!!! PERCUMA!! So penduduk Selangor sila gunakan perkhidmatan yg ada. Elakkan buang sampah di tempat yang tidak sesuai

Azura Backar, Facebook

Bila buat ‘spring cleaning’ di rumah, pasti kita akan hadapi masalah untuk buang sampah terutamanya yang bersaiz besar seperti perabot atau perkakas yang rosak.

Ada juga yang tak tahu nak buang di mana sehingga sampah dibakar atau dibuang di tempat yang terbuka.

Ada yang bertindak sedemikian kerana tak ingin pemandangan depan rumah semak dan mahu elakkan perkhidmatan pembuangan barangan secara berbayar.

Apakah iClean Selangor?

Khas untuk warga Selangor, kini anda tak perlu risau lagi untuk tentang bab membuang sampah pukal selepas ini.

Hanya dengan menggunakan aplikasi iClean Selangor, anda boleh memohon perkhidmatan pembuangan sampah secara percuma di hujung jari anda.

iClean Selangor ialah aplikasi yang dibangunkan atas inisiatif kerajaan Selangor bagi memudahkan penduduk untuk kemukakan aduan pembersihan di kawasan mereka.

Antara ‘feature’ yang ditawarkan dalam aplikasi ini ialah pengguna boleh mengemukakan aduan bergambar serta lokasi untuk memastikan lokasi yang tepat.

Menerusi ‘review’ yang telah diberikan melalui Playstore, rata-rata para pengguna lain juga turut berpuas hati dengan perkhidmatan iClean dengan memberikan ‘rating’ 5 bintang dan ada juga yang mendapat maklum balas seawal sehari.

Pegawai perkhidmatan juga biasanya akan ‘call’ dahulu sebelum ke lokasi. Bila kita sudah tahu waktu yang akan sampai, lebih mudah untuk kita ‘standby’ dan keluarkan semua sampah untuk memudahkan petugas pembersihan nanti.

Cara Daftar Akaun

Untuk mula gunakan aplikasi ini, anda perlulah mendaftar dahulu.

Cara-cara mendaftar adalah seperti berikut :
1. Klik pada ikon ‘Pengguna Baru’.


2. Masukkan Nama, Nama Profil dan Nombor Kad Pengenalan, kemudian tekan ‘Seterusnya’.

3. Masukkan pula Alamat, Nombor Telefon, Alamat E-mel, dan pilih Pihak Berkuasa Tempatan anda dan tekan ‘Seterusnya’.

4. Setelah selesai mengisi maklumat yang diperlukan, anda akan diberi ID Pengguna.

Cara Buat Aduan 

1. Masukkan Nombor Kad Pengenalan & Kata Laluan kemudian klik Masuk.

2. Klik ikon + yang terletak di bahagian kanan bawah.

3. Pada bahagian Definisi Masalah (Aduan), pilih PBT kawasan rumah anda, pilih aduan yang ingin dikemukakan di kawasan anda. Jika anda tidak pasti mana satu yang patut anda pilih, penjelasannya adalah seperti di bawah :

Kutipan Domestik : Apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan daripada aktiviti isi rumah dan komersial contohnya kertas, kadbod, plastik, sisa makanan dan sisa restoran.

Pembersihan Awam : Perkhidmatan yang melibatkan pemotongan rumput, cucian longkang dan sapuan jalan, di kawasan perumahan, tempat awam, taman permainan dan kawasan komersial tetapi tidak termasuk pelan landskap dan penyenggaraan jalan awam atau tempat awam.


4. Tambahkan sedikit huraian untuk menjelaskan situasi aduan.

Kemudian, klik seterusnya.

5. Untuk lokasi aduan, tetapkan lokasi rumah anda atau kawasan yang perlu dibersihkan.

Pastikan alamat adalah betul. Setelah selesai, klik Seterusnya.

6. Di halaman seterusnya, tambah lampiran gambar. Klik pada ikon tiga titik bertindih yang ada di bahagian kanan atas untuk mula ‘upload’ gambar. Setelah selesai, klik sahkan aduan.


7. Setelah anda selesai membuat aduan, anda akan dihubungi oleh pegawai perkhidmatan.

Mudah bukan? Kini anda tak perlu pening-pening lagi untuk mulakan ‘spring cleaning’ di rumah anda nanti.

Hanya dengan membuat aduan di aplikasi iClean, masalah sampah di rumah anda pasti akan diselesaikan secepat mungkin.

Selamat mencuba!

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web berikut:http://www.mdks.gov.my/ms/rakyat/perkhidmatan/pengurusan-sisa

iclean selangor

Baca juga:

Nak Makan Apa Sebelum & Selepas Ambil Vaksin? Ini Tips Berguna Dari Pakar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×