DIY & Kraf

Cara ‘Express’ Basuh Mainan Anak Guna Mesin Basuh Je!

600
SHARES

Bila dah ada anak-anak kecil di rumah, sudah pasti mainan yang ada di dalam rumah pun ‘bergunung’ bukan? Ini sudah menjadi kebiasaan terutama sekali apabila membawa anak keluar, pasti akan pulang dengan satu mainan baharu. Tetapi, menurut kajian memang bagus sebenarnya anak-anak didedahkan dengan pelbagai jenis mainan untuk perkembangan otak mereka.

Jadi, bila dah ada banyak mainan jangan pula para ibu semua lupa untuk basuh mainan tersebut secara berkala. Hal ini kerana, mainan khususnya yang dimasukkan ke dalam mulut anak-anak berpotensi menjadi ‘lubuk’ bakteria! Senang sahaja cara nak basuh mainan anak-anak seperti apa yang dikongsikan oleh Puan Izzah Atira.

Baca juga: 5 Barang boleh Beli Di Shopee Untuk Hiburkan Hiburkan Anak Di Rumah

CARA MUDAH BASUH MAINAN ANAK GUNA MESIN BASUH

UPDATE: BOLEH SPIN KALAU MASUKKN MAINAN DALAM LAUNDRY NET. SAYA DAH CUBA MEMANG TAK ROSAK 

Mainan anak tipu kan kalau cuma satu je kat rumah. Mesti banyak lagi-lagi kalau jenis keluar masuk kedai eco mesti upah at least satu mainan kat anak kan? Bila mainan banyak renyah laa nak basuh sikit-sikit guna baldi kecik.

Mainan ni wajib basuh/disinfect tau lelagi anak yang suka masukkan mainan dalam mulut. Kalau anak kerap demam/cirit birit tu kadang-kadang punca kuman gini laa tanpa kita sedar.

Masukkan aje semua mainan yang boleh dibasuh dalam mesin dan isi air sampai penuh beserta sabun. I guna UPP norwex je senang. Dah tentu-tentu bahannya selamat. Air mesin dan penuh pause kan ye jangan kasi spin pulak. Kocak-kocak la sikit mainan tu dan rendam dalam setengah jam gitu.

Lepas dah siap set untuk buang air , tadah semula air dan kocak-kocakkan untuk basuh lepastu set balik buang air tu. Ingat ye jangan sampai spin nanti tak memasal berjoget mainan dalam mesin basuh tu.

Mesin kita nak buang air tu kena klik rinse, jadi sambil masak tu kita bia sat, dah dengar bunyi die nak spin cecepat off kan.

Iolss buat bilas tu sekali je sebab guna sabun yang memang tak ada bahan kimia bahaya. Ada setengah tu guna detol/clorox basuh mainan mungkin boleh laa bilas dua kali. Dah bilas lap la ye. Bab lap ni pass kat anak je. Haha

INGAT YE JANGAN SPIN. Jumpa tips ni dekat Youtube orang putih. Hahaha selama ni dok basuh sikit-sikit sebab baldi kecik mainan banyak. Happy sharing guys!

Sumber: Izzah Atira

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×