Nur

Cara Download Aplikasi Al-Quran Secara Percuma Diiktiraf JAKIM, Lengkap Dengan Terjemahan

4.9K
SHARES

Seiring dengan kemajuan zaman dan teknologi, kemudahan pembacaan Al-Quran juga tidak ketinggalan. Kalau dahulu anda perlu membawa Al Quran secara fizikal, tidak lagi pada zaman sekarang kerana anda sudah boleh membacanya secara digital. Pergi kemana sahaja, membaca Al Quran tidak lagi sukar dilakukan kerana boleh dibaca menerusi gajet anda.

Namun, makin hebat teknologi zaman sekarang makin kita perlu berhati-hati dengan isi kandungan dan ayat dalam Al Quran tersebut dan memastikannya tepat dan sahih. Mungkin ramai dalam kalangan anda yang masih keliru aplikasi manakah yang dapat menjamin kesucian ayat-ayat di dalam kitab suci ini bukan? Jadi, lelaki ini kongsikan sedikit ilmu mengenai aplikasi Al Quran yang bagus dan memudahkan anda untuk mendalami ayat-ayat dalam kitab suci ini. Selamat mencuba!

APA ITU APPS ‘SMART QURAN’?

Zaman maju ini, sudah terlalu banyak aplikasi al-Quran yang dapat ditemui dan dimuat turun masuk ke telefon pintar masing-masing melalui App Store dan Google Play. Namun begitu, kadang-kadang timbul juga rasa risau dalam hati, adakah ayat al-Quran yang dimasukkan tidak diseleweng? Ataupun mungkin juga terjemahan ayatnya jauh terpesong dari makna asal?

Disebabkan itulah, kali ini aku nak kenalkan kalian semua dengan satu aplikasi al-Quran hasil kerjasama Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Ini senarai surah, juzuk dan penandanya. Disertakan sekali jumlah ayat dan surah berkenaan diturunkan di mana, sama ada Mekah atau Madinah.

Lebih dari itu, aplikasi ini telah mendapat kelulusan besar dari pihak Lembaga Pengawalan dan Perlesenan Percetakan al-Quran di bawah Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 (Akta 326). Menjadikan ia satu-satunya (setakat ini) aplikasi al-Quran mudah alih yang diperakui kesahihan maklumatnya oleh pihak berkuasa tempatan.

Jika tekan “Muqaddimah”, inilah yang akan keluar. Pengenalan bagi setiap surah di dalam al-Quran.

Bukan senang-senang nak cetak al-Quran ini! Lesen itu perlu terutamanya nak banteras golongan yang cuba nak ubah ayat suci al-Quran walaupun hanya satu ayat.

Keistimewaan dan fungsi aplikasi ini

1. Susunan ayat mengikut Mushaf Madinah.

2. Interface dan grafik setiap muka surat yang menyelesakan pandangan mata ketika membaca.

3. Pengenalan ringkas bagi setiap surah. Diturunkan di mana dan apakah intipati yang dapat diperolehi daripada surah berkenaan.

4. Menyediakan terjemahan dari Tafsir Pimpinan ar-Rahman bagi setiap ayat dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Ini pula contoh terjemahan dalam bahasa Melayu. Sebelah kanan di bawahnya pula beberapa pilihan imam untuk dengar bacaan mereka. Boleh pilih yang mana kalian suka.

5. Suara audio merdu bacaan al-Quran dari imam-imam besar seperti Syeikh Abdullah Ibn Ali Basfar (Imam Masjid Jami’ di Jeddah), Syeikh Ali Al-Huzaifi (Imam Masjid Nabawi), Syeikh Ibrahim Al Akhdar (Bekas Imam Masjid Nabawi) dan Almarhum Syeikh Muhammad Ayyub Ibn Muhammad Yusuf (Bekas Imam Masjid Nabawi).

Yang menariknya adalah mereka yang tak berkebolehan dalam bahasa Arab boleh buat carian perkataan menggunakan bahasa Melayu dan juga Inggeris.

6. Audio boleh dimuat turun dari muka surat ke muka surat yang lain mengikut suara imam pilihan masing-masing.

7. Pembaca boleh buat carian terus ke halaman yang diingini mengikut ayat, juzuk dan surah.

8. Disediakan mod malam bagi mengelakkan pembaca merasa silau ketika bacaan di tempat gelap.

Mode malam dan mode siang

Aplikasi dengan nama Smart Quran ini boleh dimuat turun secara percuma oleh semua pengguna peranti Android mahupun iOS. Klik di bawah ya:

Play store : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.madcatworld.qurantestbed

App store : https://itunes.apple.com/US/app/id1351866913?mt=8

Siap ada cap pengesahan dari pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Jemput beramai-ramai muat turun aplikasi ini sebagai salah satu tanda sokongan terhadap usaha yang ditunjukkan institusi agama di negara kita ini. Saiznya tak besar mana pun, dalam 200 MB sahaja. Sesuai untuk pelbagai jenis telefon pintar. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam mencipta aplikasi yang baik ini. Moga ada manfaatnya buat kita rakyat Malaysia.

Sumber : Najmi Farisham

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×