Deko & Hias

Cara DIY Pelamin Simple Dengan Bajet RM350. Hasilnya Macam Profesional

1.2K
SHARES

Nak masuk cuti sekolah ni, mesti ramai yang akan melangsungkan majlis pertunangan dan pernikahan kan?

Sekarang ni kos nak tempah pelamin boleh tahan juga. Kalau tempah last minute, risau pula dah penuh dengan booking.

Jangan risau, apa kata DIY pelamin mini je dekat rumah untuk hari pertunangan atau pernikahan nanti.

Berbaloi dan jimat sebab lepas tu bahannya semua kita boleh ambil dan simpan. Bajet pun tak tinggi sangat.

Di sini kami kongsikan cara DIY pelamin simple dan cantik hasil perkongsian Khairun Nisak.

Cara DIY Pelamin Simple Dengan Bajet Sekitar RM350

Alhamdulillah… Saya ingin berkongsi hasil kerja pelamin DIY saya brsama adik ipar pada majlis pertunangan adik perempuan bongsu saya pada hari Sabtu, 2hb November yang lepas.

Senarai Bahan-bahan

Antara bahan yang kami gunakan ;

▪️ Bunga jenis hydrangea, daun monstera dibeli dari Kedai ECO.
▪️ Daun Monstera yang bsar, kami beli dari kedai menjual barangan pengantin.
▪️ Ranting kayu juga dari kedai menjual barangan pengantin.
▪️ Daun hijau yang digunakan untuk melilit ranting kayu dari Ninso.
▪️ Bunga hiasan panjang atas tirai pelamin belakang dari Cowboy.
▪️ Daun-daun hiasan tepi kiri kanan pelamin dari ECO termasuk dengan pasunya.
▪️ Kayu kami tempah dari tukang kayu, kos RM80.
Kami membalutnya dengan Wallpaper ECO bercorak kayu dan dalam 3 roll sahaja yang kami gunakan.
▪️ 2 lampu sisi dari kami, IKEA
▪️ Lampu di balik tirai, beli di kedai HomeMart.
▪️ Kain tirai panjang dan bantal bulat hiasan kami sewa dalam RM50.
Kain tirai 10 kaki ada 6 helai.
(Tapi yang kami gunakan cuma 4 helai saja.)
▪️ Manik-manik hiasan yang lama, kami recyle semula.
▪️ Karpet pun kami punya sendri.
(Hanya karpet yang berwarna putih kami baru sahaja beli sebelum majlis.)

Jumlah keseluruhan: 

Secara ringkasnya kami belanjakan lebih kurang RM200 untuk bunga, kayu, dan daun-daun hiasan.
Sewa kain 10 kaki 6 helai dan bantal hiasan 4 biji Rm50.
Kayu gerbang RM80.

Maka jumlah keseluruhannya adalah dalam lingkungan RM350 saja.

Di sini dikepilkan gambar semasa proses pembuatannya supaya yang membaca ni mudah nak ikut dan buat sendiri di rumah nanti.

Ini kayu frame pelamin yang kami tempah dengan harga RM80. Yang pandai buat boleh buat sendiri. Lagi jimat.

Kami lilitkan dengan kain lebih kurang 4 ela untuk frame ni.

Lepas tu kami hiaskan dengan bunga-bunga dan daun dari kedai Eco ni.

Bunga diikat-ikatkan supaya boleh gantung atas pelamin.

Boleh gantung macam ni. Kemudian tambahkan daun-daun di tepi-tepinya.

Dah ada rupa sikit kan.

Kain sepanjang 10 kaki yang disewa sekali dengan bantal hiasan tu dibuat untuk tirai belakang.

Sentuhan terakhir dengan lampu dan dah pasang karpet.

Siap!

Alhamdulillah… Ini gambar di hari kejadian.

Berbaloi Buat Sendiri Walaupun Penat

Kami mula DIY pelamin ni dari pukul 11 pagi dan dapat siapkan ketika hampir Maghrib.

Alhamdulillah… Memang berbaloi sebab lepas majlis nanti semuanya kita punya kecuali kain dan bantal hiasan yang disewa.

Tetamu pun puji sampai ada yang dah ‘merisik’ minta kami buat pelamin untuk majlis mereka.

Apapun, kami buat kerana minat dan menggalas tanggungjawab atas permintaan Adik.

Inilah hasil kerja saya Khairun Nisak bersama adik ipar saya, Ayu Faridah.

Moga memberi idea buat rakan-rakan di yang akan mengadakan majlis pertunangan / perkahwinan / akikah atau majlis yang lain.

 

*Idea / tips / cara diy pelamin ini dikongsikan oleh Khairun Nisak melalui Facebook. Ia telah disunting dan dikongsikan semula dengan kebenaran. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh rujuk post asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×