Deko & Hias

Mudahnya Buat Meja Lipat ‘Portable’. Modal RM14, Guna Barang Kedai Eco Je

501
SHARES

Memang berguna betul kalau ada meja lipat kan? Mudah nak guna untuk letak laptop atau untuk study di mana-mana saja.

Dalam perkongsian kali ini, kami berbesar hati nak kongsikan cara buat meja lipat yang sangat mudah dan jimat.

Semuanya cuma guna bahan dari kedai Eco RM2 tu. Tapi hasilnya memang puas hati dan cukup praktikal.

Bukan sekadar cantik dan comel, tapi meja lipat begini juga mudah nak dibawa ke mana-mana nanti.

Jom tengok cara DIY meja lipat oleh Eda Shamira ini.

DIY Meja Lipat Portable Yang Mudah & Jimat

Saja nak share, saya buat meja study portable boleh lipat menggunakan 100% barang kedai Eco yang saya beli di Jejawi Perlis.

Jumlah keseluruhan barang yang dibeli untuk buat meja lipat ni cuma RM14 je.

Di sini saya tunjukkan barang yang saya beli dan cara saya pasang serba sedikit.

Bahan-bahan

Dengan modal RM14, saya beli 7 barang dari Kedai Eco di mana setiapnya berharga RM2.

  • Frame kayu – 2 pcs
  • Engsel – 1 pc (dalam pek ada 4)
  • Sesiku L boleh lipat – 4 pcs

Cara-cara

Cara nak buatnya mudah saja.

Mula-mula cantumkan kedua-kedua frame kayu tadi dengan engsel menggunakan skru. Skru tu saya guna screwdriver je sebab kayu tu taklah keras sangat.

Kemudian pasangkan kaki berspring di setiap penjuru, macam dalam gambar di bawah ni.

Diy meja lipat

Maka terhasillah sebuah meja lipat!

Macam ni rupanya bila dah siap pasang dan sedia untuk digunakan.

Cara buat meja lipat diy

Bila tak pakai, boleh lipatkan kakinya dan simpan.

Bukan kaki je boleh lipat. Meja pun boleh dilipat sekali tau.

Beginilah rupa dia kalau dilipat meja tu nanti.

Comel kan?

Boleh simpan dalam kereta atau bubuh dalam beg. Mudah nak bawa pergi mana-mana nanti.

NOTA: Ada yang bagi idea kalau nak lipat rapat, selang-selikan kedudukan kaki meja supaya tak bertemu. Jadi bila lipat ia akan jadi rapat.

Lebih kurang macam dalam gambar di bawah ni.

Apapun terpulang pada kreativiti masing-masing.

Boleh cuba mana-mana cara ikut suka.

Berbaloi & Praktikal

Senang je buat meja lipat DIY ni rupanya. Cantik dan elok kejadiannya. Sesuai juga untuk budak-budak nak guna untuk belajar atau untuk makan kan? Ala-ala meja Jepun gitu.

Dah ada satu, lepas ni senanglah nak bawa ke mana-mana. Kalau tak pakai, boleh lipat dan simpan. Jimat ruang!

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat mencuba.

 

*Cara DIY meja lipat portable ini dikongsikan oleh Eda Shamira melalui Facebook. Sebarang pertanyaan boleh rujuk post asal beliau di SINI.

Most Popular

To Top