Didik

Si Ayah Dari Jepun Ini Reka Baju Konsep Landasan Keretapi Untuk ‘Trick’ Anak, Kreatif Betul!

5.1K
SHARES

“Penat la nak layan anak aku asyik nak beli game keretapi je..”

Memang mencabar apabila anda sudah bergelar ibu bapa. Apa sahaja minat anak-anak perlu dilayan supaya anda tidak berhadapan dengan situasi anak menangis tanpa henti. Jadi, kalau nak biarkan anak bermain dalam masa yang sama belajar benda baharu, anda perlu fikirkan ‘taktik’ yang baharu untuk mereka.

ANAK DAH BOLEH MAIN PERMAINAN BAJU KERETAPI!

Salah satunya adalah seperti perkongsian di Twitter seorang ayah dari Jepun yang bernama Ken Kawamoto. Mempunyai seorang anak lelaki yang mempunyai minat yang mendalam dengan permainan berasaskan keretapi pastinya, di rumah akan dipenuhi dengan permainan keretapi. Merupakan jurutera perisian di Google, Ken mengambil inisiatif bijak untuk menghasilkan baju yang mempunyai ilustrasi rail keretapi!

SIAP BOLEH DAPAT URUT

Apa yang menariknya, dengan mempunyai design rail keretapi di belakang baju, anaknya akan mula bermain keretapi di belakang badan si ayah dan sekali gus memberikan urutan ke badan si ayah! Dua dalam satu kan? Arahan permainan akan diberikan oleh si ayah sekali gus dapat mengajar anak-anak untuk peka dengan arahan.

Bukan itu sahaja, Ken juga melalukan inovasi terbaharu dengan membuat baju ala-ala rock climbing untuk anak-anak memanjat di belakang si ayah. Selain jimat, hubungan antara ayah dan anak pun makin rapat.

Memang terbaik dan menarik lah teknik untuk dapatkan urutan dari si ayah ini. Anda pun boleh cuba!

Sumber : Ken Kawamoto

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×