DIY & Kraf

Cara Defrost Daging Sepantas Kilat, Tetamu Datang Tak Kalut!

45
SHARES

Bila tiba musim perayaan, antara menu wajib dihidangkan sudah tentunya rendang daging atau kari daging dan dipadankan bersama nasi impit serta lemang.

Pasti kelam kabut dibuatnya apabila tetamu datang tetapi daging masih lagi beku dan tidak dapat digunakan. Kalau anda mahu cara cepat untuk defrost daging, boleh guna cara yang digunakan oleh pengguna Facebook Sharifah Nor Hj Abdullah. Mudah dan pantas!

Baca juga: Cara Tanam Pokok Kari Dari Keratan Batang, Terbukti Cepat Tumbuh & Merimbun

CARA DEFROST DAGING SEPANTAS KILAT, TETAMU DATANG TAK KALUT

Menerusi pekrongsian Puan Sharifah, tips yang diberi amat mudah iaitu dengan menggunakan dulang besi tetapi plastiknya tidak dibuang. Kemudian, tindih dengan periuk berisi air. Jangan menggunakan air panas cukup sekadar air biasa.

Jelasnya, tidak sampai 30 minit, daging akan menjadi lembut dan teknik ini mudah untuk digunakan bagi mereka yang tiada peralatan canggih seperti microwave dan lain-lain.

Maaf. Hari ni saya tak post masakan. Saya cuma nak bagi tips. Harap dapat membantu sahabat-sahabat semua. Masa raya ni kadang ada tetamu yang datang mengejut.

Nak masak, daging masih keras dalam freezer. Nak defrost ambil masa jugak kan? Di sini saya bagi tips macam mana nak defrost dengan kadar segera. 

Letakkan daging tu di atas dulang besi(jangan buang plastiknya) tindih dengan periuk yang berisi air biasa (jangan isi air panas). InshaAllah, dalam masa tak sampai setengah jam daging tu akan lembut balik. Cubalah.

Perkongsian tersebut mendapat 3,000 shares dan dibanjiri komen warganet yang berterima kasih dengan tips tersebut. Mudahlah lepas ni dan tak pening kepala. Kan? Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Sharifah Nor Hj Abdullah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×