Famili

Pendaftaran TABIKA KEMAS Dibuka Mulai 1 Jun – 31 Oktober 2021. Ini Cara Daftar Online

65
SHARES
daftar tabika kemas

Makluman untuk ibu ayah yang mempunyai anak-anak berusia 3-5 tahun, anda boleh mula daftar TABIKA KEMAS bagi sesi 2022 mulai hari ini (1 Jun 2021).

Pendaftaran boleh dibuat melalui 3 cara berikut:

  1. Secara manual – Datang ke TABIKA KEMAS pilihan anda untuk mendaftar dan mengisi borang manual.
  2. Separa manual – Menggunakan borang yang dimuat turun secara online dan menghantar ke TABIKA KEMAS pilihan anda.
  3. Secara online – Melalui laman web TABIKA KEMAS online di https://enrol.kemas.gov.my/

Nak tahu apa syarat-syarat untuk daftar TABIKA KEMAS?

Jom semak info penuh di bawah:

Apakah Tabika KEMAS?

Tabika KEMAS adalah singkatan daripada maksud Taman Bimbingan Kanak-Kanak yang diselia oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Malaysia.

Namun begitu, kurikulum yang diguna pakai oleh Tabika ini adalah Kurikulum Prasekolah Kebangsaan iaitu daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Konsep Tabika KEMAS ialah ‘Belajar Melalui Bermain’ yang diselaraskan dengan sifat semulajadi kanak-kanak iaitu bermain, ingin tahu dan mencuba. Konsep tersebut kemudiannya diperluaskan kepada menguasai kemahiran 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul).

daftar tabika kemas 2022

Yuran Tabika Kemas

Kadar bayaran yuran Tabika KEMAS adalah sekitar RM200 bagi tahun terkini (2021).

Berikut adalah jumlah pecahan bayaran yang dilampirkan melalui laman web TABIKA KEMAS.

daftar tabika kemas online

Tempoh Masa / Waktu Operasi Tabika KEMAS

Tempoh pengajaran dan pembelajaran di Tabika KEMAS adalah 4 jam mulai jam 7.30 pagi hingga 11.30 pagi atau 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Selain itu, KEMAS turut melaksanakan tambahan masa 2 jam (1 jam bagi setiap sesi) seminggu selepas waktu pengajaran dan pembelajaran untuk menjalankan aktiviti kokurikulum seperti kelas fardhu ain dan iqra’, Bahasa Inggeris, Muzik, Seni mempertahankan diri atau senaman dan seni tari mengikut keperluan.

Baca juga: PEMERKASA PLUS: Bayaran BPR Tambahan RM500 Akan Dikreditkan Jun Ini

Syarat Pendaftaran

  1. Kanak-kanak yang mempunyai status Warganegara Malaysia atau salah seorang ibubapa Warganegara.
  2. Terbuka untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun (Keutamaan untuk kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun).
  3. Permohonan kemasukan ke TABIKA KEMAS tahun 2020 akan dibuka mulai Jun hingga Oktober 2019.
  4. Borang permohonan boleh di muat turun melalui portal Jabatan Kemajuan Masyarakat (http://www.kemas.gov.my) serta di semua Tabika KEMAS.
  5. Bilangan kanak-kanak di dalam sebuah kelas adalah terhad iaitu seramai 25 orang sahaja.
  6. Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang berkaitan hendaklah dihantar terus ke TABIKA KEMAS yang berdekatan.
  7. Pihak Jawatankuasa Pemilihan TABIKA akan mengeluarkan surat jawapan Terima/Tolak kepada ibubapa/penjaga kanak-kanak yang terlibat.

daftar tabika kemas online 2022

Cara Permohonan / Daftar TABIKA KEMAS 2022 Secara Manual

Borang secara manual boleh diperolehi dengan datang terus ke Tabika KEMAS.

ATAU

Muat turun Borang Online di SINI: BORANG-PENDAFTARAN-TABIKA-NEW

Sila hadir dengan mematuhi amalan norma baharu iaitu :
1. Memakai pelitup muka
2. Periksa suhu
3. Scan mysejahtera TABIKA atau mencatatkan nama di dalam buku daftar pelawat.
4. Menggunakan hand sanitizer

Cara Daftar TABIKA KEMAS 2022 Secara Online

Permohonan daftar Tabika KEMAS 2022 boleh dilakukan oleh ibu/bapa/penjaga kanak-kanak.

Sila ikuti langkah berikut:

  1. Sila layari Aplikasi Pendaftaran TABIKA KEMAS melalui URL https://enrol.kemas.gov.my/
  2. Klik [BORANG PERMOHONAN]
  3. Pilih No. MyKid kanak-kanak melalui senarai dropdown untuk membuat permohonan. Sekiranya tiada senarai No. MyKid untuk dipilih, sila kemas kini Profil Keluarga di MyDashboard Pengguna.
  4. Maklumat di Profil Pengguna merupakan maklumat yang diekstrak daripada pangkalan data Portal MyGovernment sewaktu pengguna pertama kali berjaya log masuk ke Aplikasi Pendaftaran TABIKA KEMAS.
    Maklumat yang diekstrak ialah:-

    • Nama;
    • No Kad Pengenalan;
    • Alamat E-mel; dan
    • No Telefon.
  5. Pemohon perlu memasukkan maklumat anak yang ingin dipohon ke dalam Senarai Profil Keluarga ini.
  6. Senarai No Mykid kanak-kanak hanya akan dipaparkan pada Borang Permohonan sekiranya terdapat maklumat kanak-kanak yang berumur 3 hingga 5 tahun pada tahun semasa di Profil keluarga Portal MyGovernment.
  7. Isikan juga Maklumat Kesihatan, Maklumat Keluarga, Maklumat Tanggungan, Pemilihan Tabika dalam ruang yang disediakan.
  8. Klik [Simpan] untuk menyimpan maklumat.
  9. Setelah selesai, anda perlu membuat pengesahan dan menerima notis permohonan berjaya.
  10. Sila cetak Borang Permohonan.

Dokumen Yang Perlu Dibawa Semasa Pendaftaran Manual / Dihantar Selepas 2 Minggu Pendaftaran Online

  1. Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak.
  2. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga.
  3. Slip gaji ibu dan bapa/penjaga.
  4. Dua (2) keping gambar kanak-kanak berukuran passport.
  5. Rekod kesihatan kanak-kanak.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.kemas.gov.my/

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×