Semenjak Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kebenaran pengeluaran wang khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000, terdapat pelbagai reaksi yang diterima dalam kalangan rakyat Malaysia.
Mereka yang sememangnya ahli dan telah membuat simpanan sudah semestinya mempunyai peluang ini. Namun, bagi individu yang belum lagi mendaftar sebagai ahli KSWP terutamanya yang bekerja sendiri boleh ikuti cara yang dikongsikan Eyda Qarmila di bawah ini.
Baca juga: Gara-Gara ‘Kantoi’ Sihir Majikan, Pembantu Rumah Diusir & Dipenjara
CARA DAFTAR KWSP UNTUK YANG BEKERJA SENDIRI, DAPAT DIVIDEN!
Kan tengah hot sekarang pasal KSWP 10k. Tapi Eyda nak share pada korang yang kerja sendiri macam mana nak register EPF. Eyda baru je daftar i-saraan.
Meh la daftar. Duit simpanan geli-geli, nanti-nanti tahu ada lagi duit kat tangan masa tua.
Buka apps dekat handphone pun boleh. Pilih i-saraan dekat main page KWSP tu dan terus isi apa yang perlu.
Lepastu korang buka online banking korang BSN, Maybank2u, Cimb or mana-mana lah.
Macam Eyda guna Cimb, pergi dekat transfer dan cari EPF transfer. korang simpan siap-siap no account EPF. Lepastu korang set je favourite dan recurence payment. RM50 pun bersyukur sangat.
Take note, kalau dah apply kasih suri, jangan lah lagi apply ni i-saraan pula.
For your information, dividen KWSP lagi tinggi tahun ni berbanding ASB hehe. Boleh lah simpan duit keuntungan mamasab ke dalam account bagi beranak-pinak duitnya.
Sumber: Facebook Eyda Qarmila