Percutian

Dapat Pas Lawatan Tanpa Had Untuk Setahun, Ini Cara Daftar ZooKu Membership Untuk Anak

5K
SHARES

Cuti-cuti ni nesti ada ibu ayah yang merancang bawa anak pergi zoo.

Yalah, anak-anak memang suka pergi zoo tengok binatang kan?

Tahu tak, sekarang ni ada buka keahlian ZooKu di Zoo Negara Malaysia untuk anak-anak yang berusia antara 3 tahun hingga 17 tahun tau.

Memang berbaloi daftarkan anak-anak dengan kad keahlian ni sebab anak-anak akan dapat pas tahunan untuk masuk percuma bila-bila masa sepanjang tahun. Ha… Berbaloi kan sebab nak mendaftar sebagai ahli bayarannya hanya RM25 je!

Menarik kan?

Jom tengok lebih lanjut info tentang keahlian ZooKu ini.

Cara Daftar ZooKu Membership @ Zoo Negara Malaysia

1. Isi Borang

Untuk mendaftar, ibu ayah perlu isikan borang di Zoo Negara.

(Atau boleh isi siap-siap di rumah selepas print borang yang disediakan secara online di laman web rasmi Zoo Negara.)

Untuk gambar tak perlu risau sebab boleh ambil gambar masa di sana nanti.

Zoo negara 2019

2. Buat Bayaran

Bayaran bagi setiap kad adalah RM25.

Dengan bayaran RM25 ini, apa yang kita dapat termasuklah:

  • Pas lawatan tanpa had selama setahun (unlimited entries)
  • Ibu bapa dapat potongan harga 25% untuk pembelian tiket daripada kadar harga biasa
  • Diskaun harga bagi pembelian barangan di kiosk terpilih dalam Zoo Negara

3. Kad Boleh Digunakan Terus Selepas Daftar

Lepas bayaran dibuat, anak-anak akan dapat kad keahlian terus.

Dan kad ZooKu ni tadi dah boleh digunakan on the spot.

Lepas ni bolehlah pergi Zoo Negara banyak kali. Anak-anak dapat masuk free!

Berbaloi Sangat Daftar Untuk Anak-anak

Wah, memang berbaloi sangat ni sebab harga tiket biasa bagi sekali masuk ialah RM18 untuk kanak-kanak.

Kalau tambah lagi RM7, terus dapat kad keahlian ZooKu dan diskaun 25% untuk ibu ayah.

(*Maksudnya ibu ayah cuma bayar RM33.75 berbanding RM45 harga biasa. Kat sini je dah dapat jimat RM11 untuk seorang parent.)

Jadi ada masa berbaki lagi cuti sekolah ni, jomlah apply keahlian ZooKu.

Siapa yang anak-anak suka pergi Zoo, berbaloi sangat daftar tau. Bila-bila terasa nak pergi, boleh terus bawa anak-anak ke sini.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Zoo Negara Malaysia di pautan ini:

https://www.zoonegaramalaysia.my/zooku.html

Jom pergi Zoo Negara!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×