CARA CUCI SOTONG SUPAYA ISI PEJAL & GEBU, TAK BERLENDIR & TAK BERAIR BILA MASAK
Mungkin tak ramai antara kita yang selalu masak sotong di rumah.
Bila dah pernah masak sotong, barulah perasan susah juga cara cuci sotong dan hilangkan lendirnya tu.
Kalau kita cuci sekali lalu je, lendir tu masih ada dan berair pula bila masak.
Kalau nak buat sotong goreng tepung pulak memang bahaya kalau sotong masih berair, sebab nanti meletup-letuplah dalam kuali nanti!
Jadi dalam artikel ini kami kongsikan cara cuci sotong yang mudah menggunakan garam saja.
Teknik ini dikongsikan oleh Noris Nora melalui Facebook.
Katanya teknik ini digunakan oleh nelayan Korea. Ramai pun dah cuba dan memang berkesan dan mudah. Sebab itulah posting beliau ini menjadi viral!
Jadi, yang belum tahu tu jom kita tengok cara cuci sotong yang sangat mudah menggunakan garam ni.
Cara Cuti Sotong Agar Tak Berlendir & Pejal Isinya. Makin Sedap Bila Masak
Sekadar perkongsian, cara saya cuci sotong..
Dulu saya pernah tengok dokumentari nelayan Korea. Depa basuh sotong kurita cara ni, saya cuba dan hasilnya memang sotong jadi pejal dan tidak berair bila kita masak.
Tak perlu lagi rebus sebelum nak masak.
Jom tengok cara-caranya di bawah:
Mudah kan?
Cuma sedikit pesanan, supaya mencuci air garam tersebut sebersih-bersihnya supaya tidak tinggal sisa air garam pada sotong.
Selamat mencuba!
*Kredit tips hilangkan lendir sotong dan cuci sotong supaya gebu ini dikongsikan Noris Nora melalui Facebook Group Masak Apa Hari Ni (MAHN). Sila rujuk posting asal beliau di SINI.