RESEPI SOTONG PHAT PHET
Masakan Thai sudah semestinya kena dengan tekak rakyat Malaysia. Bukan sahaja mudah untuk didapati malah masakan dari negara jiran ini juga mudah untuk dimasak. Ada satu menu masakan Thai yang anda boleh cuba dimana menu ini merupakan masakan dua dalam satu iaitu lauk dan sayur. Jom kita cuba resepi Sotong Phat Phet!
RESEPI SOTONG PHAT PHET (THAI)
Masakan 2 Dalam 1 ( Lauk Dan Sayur ) Apa yang penting dalam masakan ini adalah AROMA, KEPEDASAN & KESEDAPAN yang membuatkan rasa mahu memakan lagi pada setiap suapan .
500gram sotong (dicuci bersih)
4 batang kacang panjang (dipotong serong)
5 batang cili padi merah (dipotong)
1 labu bawang merah (dipotong)
1 batang serai (dihiris)
4 helai daun limau purut
½ sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil belacan@fine shrimps sauce
2 sudu besar sos ikan
½ sudu kecil serbuk perasa
Garam (jika perlu)
Serbuk kunyit (hujung sudu kecil)
BAHAN KISAR SOTONG PHAT PHET
4 batang cili merah
4 batang cili hijau
1 labu bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit air
CARA MEMASAK
1) Panaskan minyak , tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga kering dan sedikit pecah minyak .
2) Apabila sudah kering , masukkan sotong yang telah dicuci bersih.
3) Masak sehingga sotong masak dan biarkan sedikit kering .
4) Kemudian , masukkan lada hitam , serbuk kunyit , belacan , serbuk perasa dan sos ikan . Gaul rata .
5) Akhir sekali , masukkan cili padi , serai , daun limau purut , bawang dan kacang panjang . Masakan seketika dan tutup api .
Selamat mencuba!
Sumber: Nurul Ateekah