DIY & Kraf

Cara Paling Senang Cuci Air Fryer Guna Cuka, Boleh Hilang ‘Kerak’ & Berkilat!

368
SHARES

Ternyata dengan mempunyai peralatan memasak yang canggih pada zaman sekarang dapat juga memudahkan cara memasak kita. Makanan yang perlu dimasak lama pun sudah boleh siap dalam masa yang singkat. Ini termasuklah dengan penggunaan air fryer yang mempunyai pelbagai fungsi termasuk boleh buat kek!

Namun, selepas digunakan sudah semestinya kita perlu mencuci pula air fryer tersebut. Katanya, nak cuci air fryer ini boleh tahan rumit juga? Jadi, apa kata anda ikut teknik yang dikongsikan ini supaya air fryer tetap mudah dicuci tanpa merosakkan komponen elektrik di dalam air fryer tersebut.

CARA CUCI AIR FRYER DENGAN MUDAH

Benda paling azab nak cuci dekat dapur, bonda rasa cuci air fryer. Especially lepas panggang ayam. Aduh dia punya melekat tu memang susah nak tanggal. Lepas tengok youtuber Melissa Maker deep clean oven dia. Terus tercetus idea nak cuba dekat air fryer ni.

Subhanallah, cuma dengan guna cuka. Seriously senang yang amat. Tak adalah istilah tangan sado nak menyental. Bonda guna cuka dan span cuci pinggan je dekat kerak-kerak wiring rack tu. Cepat je tertanggalnya. Nak tau cara, tengok gambar.

1.Lepas panggang ayam. Kerak kat wiring rack tu memanglah kuat melekat bertaut. Haih. Gaya dia melekat macam orang bercinta. Tak boleh dilepaskan.

2.Masukkan air 300 ml

3.Tambah cuka 3 sudu besar ye.

4.Set masa 200 celcius. Masa 15 minit. Sesudah habis tu biarkan air fryer sejuk.Bonda buat ni lepas berbuka. Masa sahur baru cuci.Guna span dan sabun cuci pinggan je. Senang tanggal.

5.Bersihkan. Dengan cuka je nak lembutkan kerak tu. Lepas ni bolehlah buat ayam panggang selalu.Selalu air fryer ni tak guna sebab bercinta nak cuci. Air fryer antara kitchen appliance yang pakai sekali kena cuci. Bukan cuci bila ada masa nak cuci ye anak-anak.

Sumber: Huda Zainal

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×