Kewangan

Kontak Rapat / Positif Covid Boleh Claim PERKESO! Ini Cara Buat Tuntutan

204
SHARES

POSITIF COVID BOLEH CLAIM PERKESO!

Tahukah anda, selain MySalam, anda boleh membuat tuntutan melalui PERKESO, jika anda dijangkiti Covid-19 di tempat kerja.

Bayaran caruman ini akan diberi kepada pekerja setelah menghantar semua dokumen yang disahkan.

Seorang pengguna Twitter, @taufiqhelios berkongsikan cara membuat tuntutan (claim) PERKESO.

Jom ikuti perkongsian beliau selengkapnya.

Cara Buat Tuntutan PERKESO Akibat Jangkitan Covid-19 Di Tempat Kerja

Saya submit borang dalam 13/9 hari tu. start semalam dapat emel dan call untuk query dokumen tambahan. alhamdulillah pegawai tu sangat baik. dah setel. doakan claim saya berjaya.

saya doakan moga2 semua yang claim tu boleh dapat la ye. yang penting documentation kena lengkap.

Cara claim perkeso covid Cara claim perkeso covid

Berikut dikongsikan cara nak claim PERKESO.

1. Download Borang 34 dari laman web PERKESO (perkeso.gov.my)
2. Isi borang & dapatkan tandatangan majikan
3. Sediakan salinan IC, keputusan PCR, bank statement, surat kuarantin original dari KKM (swasta tidak diterima), surat pengesahan majikan (mengatakan staff tersebut adalah pekerja company itu)
4. Submit ke PERKESO *dengan syarat jangkitan berlaku di tempat kerja bukan dapat dari luar
5. Lepas submit tunggu PERKESO verify dengan KKM
6. Lepas tu dia akan maklum sama ada tuntutan anda lulus atau tidak

Claim perkeso covid

NOTA:

Pastikan dijangkiti di tempat kerja. Bukannya dapat daripada adik di rumah pun claim socso.

Anda mungkin boleh rujuk lampiran atau link ni untuk lebih maklumat :

https://t.co/ANv8qQ1LBs

Cara claim perkeso covid Cara claim perkeso covid

Klik sini untuk download borang 34 :

https://t.co/H83qu9Hr40

Kena Kuarantin Tapi Negatif Covid Pun Boleh Claim PERKESO

Sementara itu, beberapa pengguna Twitter main turut memaklumkan bahawa individu yang negatif tetapi tersenarai sebagai kontak rapat juga boleh membuat tuntutan PERKESO.

Berikut dikongsikan sedikit info dari BERNAMA tentang claim PERKESO Covid.

Claim perkeso covid

Harap dapat membantu!

*Rujuk sumber pautan twitter asal @Taufiqhelios :

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×