Rumah

Gelinya! Ini Cara Bunuh Ulat Sampah Guna Bahan Di Rumah

1.4K
SHARES

CARA BUNUH ULAT SAMPAH YANG BERKESAN GUNA BAHAN DI RUMAH

Pembiakan ulat pada sampah memang cukup merunsingkan. Geli tu satu hal lah kan?

Ulat sampah bukan sahaja menggelikan, malah ia boleh merebak dan membiak dengan cepat jika dibiarkan.

Sisa makanan dan sampah yang lembap serta bau yang kuat boleh menarik lagi perhatian lalat untuk bertelur di dalam tong sampah.

Fun fact – Seekor ulat sampah juga boleh bertukar jadi lalat dewasa dalam masa 24 jam saja tau!

Namun, anda tak perlu risau kerana terdapat pelbagai cara untuk membunuh ulat sampah menggunakan bahan-bahan yang ada di rumah.

Jom tengok cara bunuh ulat sampah yang boleh anda praktikkan di rumah.

Cara Bunuh Ulat Sampah Dengan Berkesan

1. Air Panas Mendidih

Antara kaedah paling ringkas untuk membunuh ulat sampah ialah dengan menuangkan air panas mendidih pada kawasan yang tercemar.

Air panas juga sangat berkesan dalam membasmi kuman.

Kredit Foto : cnnindonesia.com

2. Garam dan Kapur Makan

Garam yang dicampur dengan kapur sirih boleh membuatkan ulat sampah kekeringan dan mati.

Caranya ialah dengan membancuh garam dan kapur sirih dengan nisbah 1:1 di dalam bekas berisi air.

Kacau rata, kemudian, siramkan ke kawasan yang diserang ulat sampah.

3. Cuka

Cuka juga sesuai digunakan untuk membunuh ulat sampah serta bakteria yang membiak di dalam tong sampah. Caranya ialah dengan melarutkan secawan air dengan secawan air.

Kemudian, panaskan larutan cuka di atas api selama beberapa minit.

Ambil rebusan air cuka yang masih panas dan siramkan pada bahagian dalam dan luar tong sampah bagi membunuh ulat sampah.

petua halau semut

Foto Kredit: tescoliving.com

4. Clorox ( Peluntur Pakaian)

Peluntur pakaian bukan sahaja bertindak untuk memutihkan pakaian, malah ia juga boleh berfungsi sebagai disinfectant yang baik dalam membasmi kuman serta membunuh ulat sampah secara berkesan.

Caranya ialah dengan mencampurkan secawan peluntur pakaian dengan secawan air di dalam bekas. Tuangkan campuran tersebut ke kawasan pembiakan ulat sampah.

cara bunuh ulat sampah

Kredit Foto : fantasticcleaners.com.au

5. Bunga Cengkih

Bunga cengkih juga berkesan dalam membunuh ulat sampah.

Caranya ialah dengan menumbuk kasar bunga cengkih secukupnya.

Kemudian, taburkan pada tempat ulat sampah membiak di tong sampah atau di atas tanah.

Kredit Foto : rootofscience.com/blog

Tips Mengelakkan Pembiakan Ulat Sampah

Bagi mengelakkan pembiakan ulat sampah pada masa akan datang, anda boleh amalkan tips berguna ini :

  • Jangan buangkan sisa makanan lembap atau berair terus ke dalam tong sampah. Tuangkan sisa kuah dan minuman ke dalam sinki terlebih dahulu. Tapiskan sisa makanan yang berair dan letakkannya di dalam plastik kecil sebelum membuangnya di dalam tong sampah.
  • Bagi mengelakkan lalat bertelur, anda membuang terus sisa berbau terus ke dalam tong sampah. Sampah seperti perut ikan atau lemak ayam perlu dibuang di dalam plastik dan diikat ketat sebelum dibuang di dalam tong sampah. Sampah sebegini juga lebih baik dibuang segera di tong sampah besar hadapan rumah.
  • Pastikan tong sampah di dalam dan luar rumah sentiasa bebas ulat sampah. Gosok dan bersihkan tong sampah dengan larutan cuka seminggu sekali. Jangan lupa untuk bersihkan bahagian luar serta penutup tong sampah sekali,ya!
  • Setiap kali anda bersihkan tong sampah, jangan lupa untuk keringkannya atau jemur di bawah matahari terlebih dahulu sebelum menyarung dengan plastik sampah baru. Ini bagi mengelakkan persekitaran lembap yang disukai lalat.

Kredit Foto : nextdoor.com

Terdapat pelbagai bahan dapur yang anda boleh gunakan untuk membunuh ulat sampah.

Antara bahan yang anda boleh gunakan ialah garam, peluntur baju dan cuka.

[Baca juga: Kenapa Ikan Pari Bau Hancing? Ini Tips Penting Supaya Tak Salah Pilih]

Selain membunuh ulat, anda juga perlu membuang sisa makanan dengan cara yang betul bagi mengelakkan pembiakan ulat sampah pada masa akan datang.

Anda juga perlu rajin untuk membersihkan tong sampah seminggu sekali dan keringkannya terlebih dahulu.

Semoga tips-tips ini bermanfaat buat anda dan selamat mencuba!

Sumber rujukan:

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×