Sihat

Cara Buat Teh Hijau Untuk Kempiskan Perut Macam Jalan Yang Rata, Hanya Guna 4 Bahan Je!

493
SHARES

Ramai orang mengambil kesempatan untuk menurunkan berat badan ketika bulan puasa yang bakal menjelma. Namun, berjayakah anda menurunkan berat badan ketika bulan puasa ataupun sebaliknya anda menambah berat badan. Maklumlah, juadah berbuka puasa yang disajikan pastinya dapat menaikkan selera sesiapa sahaja. Jadi, salah satu inisiatif lain yang anda boleh cuba untuk menurunkan berat badan di samping berpuasa adalah dengan mengamalkan teh hijau yang dimasak secara khas.

Menjadi atau tidak? Apa kata kita cuba bermula dari hari ini, bukan sahaja boleh turunkan berat badan malah boleh mengeluarkan angin dalam badan juga.

MUDAH SAJA NAK BUAT TEH HIJAU UNTUK KURUS

Siapa peminat teh kan boleh korang buat cara yang ni ok. Tapi kena konsisten setiap hari la ye.In shaa Allah dengan cara ni korang akan mudah turun berat badan, buang angin, toksin dan kempiskan perut macam jalan yang rata tu. Lagi satu bagus juga untuk hilangkan bau badan tau.

-1 uncang teh hijau ye bukan teh biasa tu tau.

-1 inci halia di slice nipis nipis.

-Madu ( ikut suka)

Cara-caranya macam ini

1. Panaskan air dalam periuk kecik dan masukkan uncang dalam periuk tu ye.

2. Biarkan seketika dalam 1 minit lepas tu baru masuk kan halia dalam teh tadi tu ye.

3. Tutup api dan biarkan selama 2 minit. Kacau. Sedia untuk diminum.

4. Boleh tambah sedikit madu kalau suka untuk nak rasa manis manis sedikit kan.

5. Amalkan minum setiap pagi ye. Jangan simpan air teh tu buat stok pulak. Jadi bila buat tu cukup cukup la satu mug sudah ok.

Senang kan nak kurus cara sihat ni. Rajin tak rajin jek. Nak cantik, nak sihat kena la buat sekarang dan konsisten. In shaa Allah korang akan dapat result nanti senyum sampai ke telinga tau.

Sumber : Zana Mokhtar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×